Peguam Rakyat M'sia Mahu Pulang Bela Diri Tapi Bimbang Keselamatan Diri

Diterbitkan: Isnin, 5 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Peguam Kamal Hisham Jaafar, yang didakwa menyeleweng wang RM660,000 milik sebuah syarikat berpangkalan di Johor, Southern Ads Sdn Bhd, mahu pulang ke Malaysia jika pihak berkuasa dapat menjamin keselamatan dirinya.

Beliau mendakwa, tidak dapat segera pulang bagi menjawab dakwaan itu kerana bimbangkan keselamatan dirinya setelah menerima lima ugutan bunuh dari pihak tertentu sejak tahun lepas.

Kamal Hisham, yang juga pengarah syarikat itu dan kini berada di Dubai, meminta kerajaan, Polis Diraja Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri membantu dalam menjamin keselamatan dirinya.

"Saya hendak pulang ke Malaysia secepat mungkin untuk memberi keterangan kepada pihak polis dan membersihkan nama saya tetapi dengan syarat keselamatan saya terjamin.

"Jika tak dapat ke Malaysia, saya sanggup ke Thailand untuk beri keterangan. Saya juga sanggup memberi keterangan di Kedutaan Malaysia di Dubai supaya perkara ini dapat diselesaikan secepat mungkin," katanya kepada Bernama semasa dihubungi di Dubai.

Kamal Hisham, 42, bagaimanapun enggan mendedahkan ugutan yang diterimanya.

Pada Selasa lepas, peguam syarikat itu Datuk Baljit Singh Sidhu menggesa Kamal Hisham kembali ke tanah air bagi membuktikan beliau tidak bersalah dalam kes tersebut.

"Sepatutnya saya balik ke Malaysia semalam untuk membuat keterangan sebagai saksi tetapi bagaimana saya boleh balik kalau dapat lebih daripada satu ugutan bunuh...saya sangat rindu keluarga saya di sana," kata Kamal Hisham.

Dalam pada itu, Kamal Hisham memuat naik video dalam You Tube yang antara lain mendakwa dirinya kini diburu pembunuh upahan dari Malaysia.

Video bertajuk 'Rayuan Seorang Peguam' selama kira-kira 10 minit turut menunjukkan Kamal Hisham menceritakan masalahnya untuk pulang ke Malaysia.

"Saya kini risau, takut dan tertekan kerana ia melibatkan keselamatan diri, nyawa dan keluarga," katanya dalam klip video itu.

Kamal Hisham meninggalkan negara pada April 2011 selepas laporan polis terhadapnya dibuat pada 31 Mac oleh syarikat itu, yang mendakwa terdapat elemen jenayah berhubung cara beliau mengendalikan syarikat berkenaan.- BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan