PAS Tubuh Jawatankuasa Pemandu

Diterbitkan: Isnin, 5 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Dari kiri: Mahfuz, Mustafa dan Salahuddin pada sidang media di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur, Isnin. Foto ONG SOON HIN.
Dari kiri: Mahfuz, Mustafa dan Salahuddin pada sidang media di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur, Isnin. Foto ONG SOON HIN.

KUALA LUMPUR: PAS Pusat akan menubuhkan sebuah jawatankuasa pemandu bagi bersama-sama bertanggungjawab memantau dan memberi pandangan kepada pentabiran negeri-negeri yang diterajui oleh PAS.

Setiausaha Agung parti, Datuk Mustafa Ali berkata, penubuhan jawatankuasa itu merupakan antara keputusan yang dicapai pada mesyuarat khas Jawatankuasa PAS Pusat di Alor Setar, Kedah pada lewat Sabtu lalu.

"Jawatankuasa pemandu itu juga akan dilaksanakan pada negeri di mana PAS merupakan sebahagian daripada pentabiran negeri tersebut.

"Jawatankuasa ini sebenarnya sudah pun diwujudkan sebelum ini, selepas pilihan raya umum pada tahun 2008 malah seawal kemenangan PAS di Kelantan pada 1990.

“Dahulu kita tidak aktifkannya tetapi sekarang kita mahu mengaktifkannya semula," katanya pada sidang media di ibu pejabat PAS di sini, Isnin.

Turut hadir adalah dua Naib Presiden PAS, masing-masing Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub.

Mustafa berkata, jawatankuasa itu ditubuhkan kerana PAS merasakan parti juga perlu memberi pandangan kepada kerajaan negeri yang bertujuan untuk melancar, melicinkan urusan pentadbiran.

“Dalam mana-mana parti politik pun, kerajaan yang kita pimpin itu atau yang kita terlibat di dalamnya akan memaklumkan mengenai sebarang program dan kita juga akan memberi pandangan berkaitan dengannya.

“Kita tidak campur dalam urusan pentadbiran per se tetapi kita boleh memberi pandangan bagi membaikkan perjalanannya,” katanya.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan