Krisis Kedah: Keputusan Umum Isnin

Diterbitkan: Isnin, 5 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: PAS Pusat sudah membuat keputusan muktamad bagi menyelesaikan krisis kepimpinan pentadbiran kerajaan PAS Kedah.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, keputusan tersebut dicapai pada mesyuarat khas Jawatankuasa PAS Pusat yang berakhir kira-kira pukul 3 pagi Ahad.

Bagaimanapun keputusan mengenai langkah penyelesaian terhadap krisis tersebut dijangka akan diumumkan menerusi sidang media khas di Kuala Lumpur pada Isnin.

"Kita memang sudah ada keputusan. Kita akan umumkan dalam masa terdekat.

"Kalau ikutkan, esoklah mungkin masa terdekat itu, tapi kita akan maklumkan perkembangannya kemudian. Sidang media akan diadakan di Kuala Lumpur," katanya kepada mStar Online di sini, Ahad.

Mesyuarat khas Jawatankuasa PAS Pusat yang diadakan di Alor Setar dipengerusikan sendiri oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Sementara itu Timbalan Presiden PAS, Mohamd Sabu ketika dihubungi berkata, beliau yakin keputusan yang bakal diumumkan nanti dapat menyelesaikan semua pertikaian yang berlaku.

Menurut Mohamad, PAS Pusat sudah meneliti dengan sebaik mungkin setiap penjelasan yang diberikan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan Timabalan Pesuruhjaya I PAS Kedah, Datuk Phahrolrazi Zawawi.

"InsyaAllah keputusan yang kita buat itu akan diterima sebaik mungkin oleh semua pihak.

"Harap semua pihak termasuk media bersabar, kita tak akan buat sidang media di Alor Setar," katanya.

Krisis kepimpinan di Kedah berlanjutan selepas dua exconya termasuk Phahrolrazi dan Timbalan Pesuruhjaya II, Datuk Ismail Salleh menolak pelantikan semula jawatan, tetapi meletakkan syarat sekiranya mahu mereka menerima semula tawaran itu.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan