Keuntungan Sebelum Cukai Suku Ke-3 Petronas RM25 Bilion - Berita Semasa | mStar

Keuntungan Sebelum Cukai Suku Ke-3 Petronas RM25 Bilion

Diterbitkan: Isnin, 5 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Keuntungan sebelum cukai Petroliam Nasional Bhd (Petronas) bagi suku ketiga yang berakhir pada 31 Disember 2011 turun kepada RM25.09 bilion daripada RM30.15 bilion dalam suku yang sama tahun 2010.

Naib Presiden Eksekutifnya (kewangan), Datuk George Ratilal berkata, pendapatan bagaimanapun naik 30 peratus kepada RM78 bilion daripada RM60 bilion sebelumnya disebabkan harga minyak global yang tinggi.

Beliau berkata, harga mentah tinggi itu disebabkan oleh kebimbangan bekalan yang tercetus ekoran krisis geo-politik di Timur Tengah dan Afrika Utara.

"Akibatnya, harga mentah penanda aras meningkat dengan Dated Brent naik sebanyak 26.4 peratus dan harga jualan rasmi Tapis sebanyak 33.2 peratus bagi perbandingan tahun-ke-tahun," katanya pada taklimat media selepas pengumuman prestasi kewangan 2011 Petronas, di sini, Isnin. Sementara itu, Presiden merangkap ketua eksekutifnya Datuk Shamsul Azhar Abbas, berkata, tahun ini Petronas dijangka mencatatkan pertumbuhan rendah disebabkan banyak keadaan tidak menentu dalam industri ketika ini.

"Satu daripadanya adalah harga minyak. Kita tidak tahu selama mana faktor kebimbangan ini akan wujud. Kami rasa ia tidak akan lama, terutamanya kerana jika anda melihat kepada pemulihan ekonomi global, ia dijangka sukar.

"Keadaan akan menjadi lemah di masa depan bagi bahagian domestik dan cabaran kami adalah lebih kepada pengeluaran," katanya sambil menambah cabaran itu dijangka berterusan bagi tempoh dua tahun lagi.

Shamsul mengunjurkan pengeluaran minyak Petronas turun sebanyak tiga hingga empat peratus tahun ini disebabkan pengurangan sehingga lebih 134,000 tong minyak di Sudan Selatan.

"Kira-kira 80 peratus pengeluaran kami adalah di selatan. Pengeluaran di utara masih berterusan tetapi ia hanya kira-kira 15-20 ribu tong, yang mewakili kira-kira 20 peratus daripada pengeluaran kami di sana," katanya. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan