Kerajaan Kelantan Nafi Kurang Buat Promosi Untuk Tarik Pelancong

Diterbitkan: Isnin, 5 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Kerajaan Kelantan pada Isnin menafikan dakwaan pihak tertentu kononnya tiada sebarang promosi dilakukan bagi menarik pelancong dalam dan luar negara sempena Tahun Melawat Kelantan 2012 (TMK12).

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Datuk Takiyuddin Hassan sebaliknya berkata segala perancangan bagi mempromosikan TMK12 itu telah dibuat lebih setahun yang lalu.

"Semua pihak sama ada agensi kerajaan negeri melalui Pusat Penerangan Pelancongan dan agensi pusat seperti Tourism Malaysia dan sebagainya telah mengadakan promosi TMK12 beberapa kali.

"Kerajaan Kelantan juga dengan kerjasama pihak berkenaan telah ke Thailand dan Indonesia baru-baru ini bagi mempromosikan TMK12. Dakwaan yang mengatakan Kelantan tidak buat sebarang promosi atau melakukannya secara tergesa-gesa adalah tidak benar," katanya ketika menggulung perbahasan di Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kota Darulnaim di sini, Isnin.

Pada Ahad, Datuk Abdul Aziz Derashid (BN-Kuala Balah) mendakwa kerajaan Kelantan tidak bersungguh-sungguh melaksanakan TMK12 dengan tiada program yang bersungguh-sungguh dilakukan untuk menarik pelancong.

Mengulas perkara itu, Takiyuddin berkata kerajaan negeri mengakui industri pelancongan adalah sektor yang penting dan tidak mungkin pihaknya bersikap sambil lewa bagi sambutan TMK12 itu.

"Kami yakin sasaran menarik minimum enam juta pelancong akan dapat dicapai sepanjang tahun ini dan ketika ini pun kita dapat lihat kemasukan pelancong yang begitu ramai terutama ketika cuti hujung minggu," katanya.

Sementara itu, Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta pelancong terutamanya dari luar negara agar menghormati tata susila ketika berkunjung ke negeri itu dengan tidak memakai pakaian yang menjolok mata.

"Ini tugas pihak berkuasa mengenai pelancongan agar memastikan suasana melancong di Kelantan ini mesti sedikit berbeza dengan di luar kerana kita tidak mahu perkara ini boleh mencacatkan pandangan ramai.

"Kalau di tempat mereka seperti di Eropah nak pakai apa pun tidak mengapa tetapi bila ke Kelantan ia sedikit berbeza dan jaga akhlak dan tingkah laku," katanya.

Persidangan DUN kemudiannya ditangguh ke satu tarikh yang belum ditetapkan. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan