Kerajaan Dekati NGO - Najib

Diterbitkan: Isnin, 5 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan akan turun mendekati badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang peranannya pada masa kini diiktiraf semakin penting dalam memperjuangkan kepentingan masyarakat.

Perdana Menteri berkata kerajaan, yang menyedari NGO sebagai kuasa baru yang semakin meningkat berikutan ledakan maklumat dan era globalisasi, mahu menjadikan NGO sebagai rakan kongsi strategik dalam memperjuangkan kesejahteraan rakyat.

"NGO-NGO merupakan rakan di peringkat akar umbi yang mempunyai kepimpinan yang secara sukarela menghadiahkan masa dan tenaga mereka untuk mencapai objektif kumpulan masing-masing sama ada memperjuangkan soal hak wanita, OKU dan perlindungan kepada kanak-kanak atau apa jua kepentingan.

"Maka mereka ini merupakan sebahagian daripada masyarakat kita yang bertambah lebih penting hari ini daripada masa-masa yang lalu," katanya ketika merasmikan Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (KAR1SMA) NGO bersama Perdana Menteri di Stadium Putra Bukit Jalil di sini, pada Ahad.

Turut hadir ialah Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Najib berkata: "Kita perlu membawa kerajaan lebih dekat lagi dengan NGO, kita perlu menentukan bahawa kita tidak menantikan mereka datang pada kita.

"Kita menyemarakkan lagi program outreach kita dan kita memastikan bahawa apa juga keputusan kita dibuat untuk cara mempermudahkan apa jua pertolongan kepada golongan yang amat memerlukan pertolongan daripada kerajaan," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan