Gaji Minimum: Malaysia Tidak Akan Muflis

Diterbitkan: Isnin, 5 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SERI KEMBANGAN: Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata dasar gaji minimum yang akan dilaksanakan kelak tidak akan menyebabkan ekonomi Malaysia muflis.

Beliau juga memberi jaminan bahawa dasar itu tidak akan memberi kesan buruk kepada ekonomi negara secara keseluruhan.

"Anda mesti menyedari bahawa kita (Malaysia) bukanlah negara pertama memperkenalkan gaji minimum. Negara-negara seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom telah lama melaksanakan dasar sedemikian.

"Ekonomi negara berkenaan tidak muflis. Maka, untuk menyatakan ekonomi negara akan muflis (kerana melaksanakan dasar gaji minimum) adalah tidak benar," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sijil tamat latihan Program Pelatih Penyiaran Astro 2011 di sini, Isnin.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kebimbangan terhadap pelaksanaan dasar gaji minimum akan memberi kesan negatif kepada produktiviti dan ekonomi negara.

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini dilaporkan melahirkan kebimbangannya bahawa Malaysia mungkin menghadapi kesukaran kewangan yang serius atau menjadi muflis jika kerajaan membayar lebih kepada yang kurang bekerja.

Subramaniam berkata memandangkan Malaysia bergerak ke arah matlamat menjadi negara berpendapatan tinggi, negara ini seharusnya bersaing dengan negara maju seperti Singapura atau Taiwan, dan bukannya membandingkan dengan negara seperti Vietnam atau Kemboja.

"Gaji kita pada masa ini adalah lebih rendah. Bagi saya, kita seharusnya bersaing pada peringkat tinggi seperti Singapura, Taiwan, Jepun dan Korea Selatan. Kita mahu rakyat memperoleh gaji yang lebih daripada gaji minimum dan bukannya pada gaji minimum," katanya.

Oleh yang demikian, kata beliau negara akan mempunyai keupayaan untuk menambah gaji dan pada masa yang sama memperkembangkan ekonomi.

Mengenai isu dua amah Indonesia dilaporkan didera oleh majikan mereka yang merupakan pegawai kanan kerajaan dan isterinya, Subramaniam berkata kementerian belum menerima sebarang laporan daripada Konsulat Indonesia di sini berhubung kes berkenaan.

Dalam perkembangan lain, Menteri Sumber Manusia itu berkata kerajaan akan menggubal dasar yang membenarkan jurulatih kemahiran mendapat latihan industri.

Beliau berkata langkah ini akan membantu melengkapkan dan mendedahkan mereka dengan ilmu pengetahuan yang boleh dimanfaatkan kerana kebanyakan pelatih kemahiran pada masa ini adalah lebih berasaskan teori.

Di bawah perkongsian pintar seumpamanya, para profesional di dalam industri akan diiktiraf sebagai jurulatih. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan