Belum Jalani Kursus 200 Jam Punca Kelewatan Pembantu Rumah Indonesia - Maznah

Diterbitkan: Isnin, 5 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ROMPIN: Kemasukan pembantu rumah Indonesia ke negara ini telah ditangguhkan ke 1 April daripada jadual asal 1 Mac lepas disebabkan tenaga kerja berkenaan belum menjalani latihan dan kursus selama 200 jam sebagaimana ditetapkan, kata Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Maznah Mazlan.

Beliau berkata latihan berkenaan adalah penting untuk dilalui mereka bagi memastikan pembantu rumah yang dihantar ke negara ini berkualiti dan memenuhi kehendak majikan.

"Pada masa ini pihak Jabatan Tenaga Kerja (JTK) dan kerajaan Indonesia sedang memantau supaya tarikh asal ditangguhkan sebulan lagi kerana pembantu rumah yang akan dibekalkan ke sini belum menjalani kursus 200 jam berkenaan," katanya.

Penangguhan itu tidak ada kena mengena dengan dakwaan kes penderaan oleh seorang pegawai tinggi kerajaan dan isterinya terhadap dua pembantu rumah Indonesia mereka baru-baru ini, katanya kepada pemberita selepas meninjau projek perumahan terbengkalai di sini, Isnin.

Katanya antara syarat yang dipersetujui kedua-dua negara ialah pembantu rumah perlu menjalani latihan selama 200 jam sebelum dihantar ke negara ini manakala majikan perlu membekalkan profil permohonan kepada kerajaan Indonesia yang kemudiannya akan memberi biodata pembantu rumah untuk dipilih.

Kedua-dua negara juga katanya bersetuju mengadakan kontrak kerja untuk pembantu rumah dan kos pengambilan pembantu rumah Indonesia ditetapkan pada kadar RM4,511.

Beliau berkata setakat ini ejen pengambilan pembantu rumah yang berdaftar dengan kementerian sedang bekerjasama dengan 12 agensi pekerja di Indonesia untuk menyelaraskan penghantaran pembantu rumah.

Maznah berkata agensi di Indonesia akan memastikan pembantu rumah terbabit yang akan dihantar menjalani latihan serta memenuhi syarat yang dipersetujui kedua-dua pihak.

"Setakat ini, sebanyak 128 majikan di negara ini sudah mengemukakan permohonan kepada agensi terbabit untuk mendapatkan pembantu rumah dari Indonesia dan bilangan ini dijangka bertambah dari semasa ke semasa," katanya.

Beliau berkata majikan yang berminat mendapatkan khidmat pembantu rumah boleh melayari laman web jtksm.mohr.gov.my untuk maklumat lanjut. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan