Abdul Kadir Didesak Nyatakan Sokongan Kepada BN Atau Pembangkang

Diterbitkan: Isnin, 5 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir didesak untuk menyatakan pendirian sama ada menyokong Barisan Nasional (BN) atau pembangkang.

Zamil Ibrahim yang mendakwa sebagai Presiden Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) berkata bekas Menteri Penerangan itu yang terus membisu tentang persoalan sokongan beliau menimbulkan kekeliruan sama ada daripada pihak B Nmahupun pembangkang.

"Beliau ini seorang bekas menteri kerajaan BN dan masih lagi ahli Umno, tetapi dalam masa sama beliau terus mengkritik kerajaan dan Umno seperti seorang penyokong pembangkang. Kami mendesak beliau membuat kenyataan media segera.

"Kalau dia tak dapat jawab mengenai Anwar (Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim) kerana ramai teman kaitkan beliau dengan Anwar, adakah beliau (Abdul Kadir) masih menunggu skrip daripada Anwar?," katanya ketika dihubungi Bernama.

Pada Januari lepas Abdul Kadir mendakwa BN memberikan antara RM200 kepada RM1,000 bagi membeli undi untuk memenangi pilihan raya lepas.

Pada 10 Februari lepas, Abdul Kadir berkata berkata beliau bersedia berdepan Jawatankuasa Disiplin Umno sekiranya dipanggil untuk siasatan berhubung dakwaan mengeluarkan kenyataan boleh menjejaskan kepentingan parti.

Zamil berkata semua pihak ingin mengetahui sama ada Anwar ada menabur janji manis kepada Abdul Kadir sehingga membuatkan bekas Anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu itu terus menerus mengkritik parti yang telah disertainya sejak 1969.

Beliau berkata sebagai seorang pemimpin veteran yang penuh pengalaman dalam dunia politik di negara ini, Abdul Kadir sepatutnya tidak membiarkan dirinya dipergunakan pihak tertentu.

"Saya nasihatkan kalau dia kritik dengan kerap begini, baik dia sertai Kita atau Pakatan Rakyat. Sebagai seorang bekas pemimpin yang dihormati biarlah beliau bersara dengan keadaan yang dihormati.

"Cukuplah, janganlah ganggu politik generasi masa kini. Biarkan politik masa kini kepada generasi masa kini," katanya.

Zamil telah mengisytiharkan dirinya sebagai presiden baru parti berkenaan selepas dipilih pada Mesyuarat Agung Luar Biasa Kita di Kota Baharu pada 25 Februari lepas. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan