Tiada Pelajar Malaysia Terbabit Bencana Puting Beliung Di AS

Diterbitkan: Ahad, 4 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

NEW YORK: Tiada pelajar Malaysia di Indiana, Kentucky dan Ohio, Amerika Syarikat dilaporkan terbabit dalam bencana puting beliung yang melanda kawasan itu sejak dua hari lepas, kata Konsul Jenaral Malaysia di sini, Syed Mohamad Bakri Syed Abdul Rahman.

Beliau berkata Jabatan Pelajar Malaysia (MSD) di Washington setakat ini belum mendapat sebarang laporan mengenai pelajar Malaysia yang terbabit dalam bencana itu, dan menasihatkan ibu bapa supaya tidak bimbang mengenai anak-anak mereka di sini.

Pelajar Malaysia yang menghadapi masalah akibat bencana berkenaan boleh menghubungi MSD dan juga pejabat konsul di sini untuk diberi bantuan, katanya kepada Bernama dan RTM di pejabatnya di sini.

Laporan CNN menyebut puting beliung melanda Amerika Syarikat pada Jumaat sehingga menyebabkan sekurang-kurangnya 28 orang terkorban di Indiana, Kentucky dan Ohio. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan