Syria: KPT Tidak Tanggungjawab Jika Pelajar Enggan Pulang - Berita Semasa | mStar

Syria: KPT Tidak Tanggungjawab Jika Pelajar Enggan Pulang

Diterbitkan: Ahad, 4 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) tidak akan bertanggungjawab ke atas keselamatan pelajar Malaysia di Syria sekiranya mereka enggan dibawa pulang atau dipindahkan ke Jordan.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata para pelajar telah dihubungi dan dimaklumkan mengenai risiko yang bakal mereka hadapi jika terus berada di negara tersebut yang sedang bergolak.

"Penuntut yang enggan balik atau berpindah ke Jordan akan diminta menandatangani surat bagi mengesahkan mereka tahu akibat daripada keputusan mereka itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penyerahan sumbangan Wang Bantuan Sara Hidup RM100 di Sekolah Kebangsaan Taman Molek di sini, Ahad.

Terdapat 400 pelajar Malaysia di Syria dengan 222 orang telah dibawa pulang sementara 178 orang masih berada di sana.

Antara alasan penuntut yang majoritinya mengikuti pengajian agama untuk tidak pulang ialah kerana mereka sedang menuntut di tahun akhir atau akan menghadapi peperiksaan.

KPT dilaporkan sedang menimbang sama ada akan membawa pulang atau memindahkan pelajar terbabit ke Jordan, namun ia masih menunggu keputusan Majlis Keselamatan Negara berhubung tahap keselamatan pelajar. BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan