Sultan Brunei Rasmi Festival Sandakan Ke-12

Diterbitkan: Ahad, 4 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SANDAKAN: Festival Sandakan edisi ke-12 pada tahun ini mencatatkan sejarah apabila Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah berangkat merasmikan acara itu di Padang Bandaran di sini, malam Sabtu.

Penghormatan tersebut diberikan sempena lawatan kerja dua hari oleh baginda ke daerah ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman ketika berucap pada majlis itu berkata keberangkatan baginda ke majlis itu mencatatkan satu peristiwa yang penuh bersejarah bagi masyarakat di daerah Sandakan.

Beliau berkata lawatan baginda ke negeri itu akan mengukuhkan lagi hubungan dua hala yang sedia erat serta mengeratkan lagi silaturahim dan semangat persaudaraan di antara rakyat kedua-dua negara.

Mengenai Festival Sandakan itu, Musa berkata ia mula diperkenalkan pada 2000 dan telah berjaya menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi dan kemajuan daerah Sandakan dan negeri Sabah.

Katanya dengan mengadakan pelbagai aktiviti yang berunsurkan kebudayaan, kesenian dan pelancongan, ternyata ia bukan sahaja penuh dengan tradisi kemeriahan dan keunikan, tetapi juga mempunyai daya tarikannya tersendiri.

Beliau berkata di samping memaparkan sejarah, keunikan dan keindahan daerah Sandakan, festival ini juga berjaya memperkukuhkan lagi kerjasama dan muafakat dalam kalangan rakyat berbilang suku kaum, agama dan budaya.

Hadir sama pada majlis itu, Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin dan Toh Puan Norlidah R.M. Jasni. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan