Pinjaman Baiki Rumah Felda Lulus Tahun Ini

Diterbitkan: Ahad, 4 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BENTONG: Kesemua 10,700 permohonan pinjaman membaiki rumah peneroka Felda akan diluluskan sebelum akhir tahun ini atau Ogos ini, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan.

Beliau berkata, sebanyak 5,000 daripadanya akan diluluskan pada Jun, Julai dan Ogos, manakala bakinya akan menyusul selepas penyenaraian Felda Global Ventures Holding (FGVH) di Bursa Malaysia atau selewat-lewatnya sebelum akhir tahun ini.

"Felda tidak akan mengenakan sebarang caj perkhidmatan atau faedah, sebaliknya peneroka hanya perlu membayar balik melalui potongan hasil ladang.

"Jika peminjam (peneroka) tersebut meninggal, tiada sebarang tuntutan bayaran dikenakan ke atas isteri atau keluarga terbabit kerana rumah tersebut telah diinsuranskan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah Isu semasa kepada peneroka Felda Mempaga 1,2 dan 3 di Felda Mempaga 1, pada Sabtu.

Katanya, tidak ada agensi di dunia seperti Felda yang berjaya membangunkan tanah dan menempatkan 112,635 keluarga peneroka di 317 rancangan seluruh negara.

Menurutnya dengan menghasilkan komoditi sawit dan getah yang banyak, Felda membantu meningkatkan ekonomi negara.

Katanya kejayaan Felda membuka perladangan, menjadikan agensi itu antara yang terkaya memiliki pelbagai aset, dana dan tunai berbilion ringit serta turut mmenjalankan pelbagai perniagaan di luar negara.

Menurutnya, penyenaraian FGVH di Bursa Mlaysia pertengahan tahun ini pula akan mengukuhkan lagi kewangan agensi itu sekaligus antara syarikat orang Melayu terkaya di pasaran saham.

Penyenaraian FGVH turut memberikan pelbagai faedah dan manfaat bukan sahaja kepada peneroka, malah rakyat, kakitangan Felda, pelabur, kerajaan-kerajaan negeri dan institusi serta syarikat pelaburan dalam dan sedikit di luar negara.

"Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak akan mengkhianati amanah Allahyarham ayahandanya Tun Razak, malah transformasi Felda yang dilakukan Perdana Menteri memberi banyak kebaikan kepada peneroka di mana mereka tidak boleh lagi bergantung kepada hasil ladang semata-mata," katanya.

Katanya, anjakan paradigma dan perubahan yang dilakukan itu akan menjamin masa depan peneroka serta generasi akan datang. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan