KKM, Puteri Umno Tanggung Kos Rawatan mangsa Bom

Diterbitkan: Ahad, 4 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Kementerian Kesihatan dan Pergerakan Puteri Umno Malaysia bersetuju menanggung sepenuhnya kos rawatan dan perubatan Norasyikin Md Esa yang cedera parah selepas sebutir bom yang dihantar melalui satu bungkusan meletup di hadapan rumahnya di Kampung Ramuan China Besar, Lubok China di sini Isnin lepas.

Ketua Puteri Umno Melaka, Mas Ermieyati Samsudin berkata perkara itu dimaklumkan oleh Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin yang juga Ketua Pergerakan Puteri Umno.

"Bantuan ini diberikan kerana kementerian dan pergerakan amat bersimpati dan prihatin dengan nasib yang menimpa mangsa lebih-lebih lagi mangsa adalah ahli pergerakan puteri cawangan Ramuan China Besar," katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa di Hospital Besar Melaka di sini.

Beliau berkata pihaknya juga akan membantu Norasyikin, 27, daripada pelbagai aspek khususnya dalam menangani trauma yang dihadapi akibat kejadian itu.

Dalam kejadian 8.45 pagi Isnin lepas, Norasyikin cedera parah di jari, tangan, muka dan kaki selepas sebutir bom buatan sendiri yang berada di dalam bungkusan tertulis dengan nama abang wanita itu meletup ketika dipegang mangsa.

Ekoran kejadian itu, mangsa terpaksa menjalani pembedahan selama lebih satu jam untuk mengeluarkan serpihan akibat letupan tersebut. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan