Kemelut Kedah: Keputusan Hari Ini

Diterbitkan: Ahad, 4 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dijangka mengumumkan keputusan bagi menyelesaikan kemelut yang berlaku di Kedah pada Ahad.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, beliau yakin akan ada penyelesaian yang terbaik bagi menangani kemelut berkenaan selepas mengadakan mesyuarat semalam yang dihadiri Jawatankuasa PAS Pusat dan Jawatankuasa PAS Kedah.

Beliau berkata pada mesyuarat yang berlangsung di lebih dua jam itu, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan bekas exco, Datuk Phahrolrazi Zawawi diberi peluang membentangkan fakta masing.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Salahuddin memberikan peluang selama sejam seorang bagi mendengar penjelasan kedua-dua pihak.

"Kedua-duanya memberikan pandangan dalam suasana yang harmoni, profesional serta membentangkan pandangan dengan fakta.

"Namun akhirnya PAS Pusat akan membuat keputusan dan kami percaya kedua-dua pihak akan mematuhi keputusan berkenaan," katanya kepada pemberita di luar kediaman Menteri Besar tengah malam Sabtu.

Salahuddin berkata Jawatankuasa PAS Pusat akan membuat pengumuman mengenai keputusan berkenaan pada sidang media pagi Ahad.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan