YaPEIM Akan Dekati Semua Institusi Pondok Seluruh Negara

Diterbitkan: Sabtu, 3 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

YAN: Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) akan mendekati institusi pondok melalui siri penjelajahan program Kembara YaPEIM Prihatin untuk meningkatkan prasarana institusi itu di seluruh negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata YaPEIM akan menjelajah ke semua institusi pondok di setiap negeri bagi membantu institusi pendidikan itu menggerakkan program keilmuan.

Bercakap kepada pemberita selepas melancarkan program Kembara YaPEIM Prihatin peringkat kebangsaan di Sekolah Menengah Agama Fauzi di sini Sabtu, beliau berkata program itu bermula bulan ini sehingga Julai di Kedah dan Perlis dan dijadualkan selesai di Sabah pada Disember 2014.

Turut hadir pada majlis itu Ketua Pengarah YaPEIM, Abdul Malik Awang Kechil.

Jamil Khir berkata siri penjelajahan itu juga bertujuan mengubah persepsi masyarakat untuk melihat institusi pondok sebagai pusat pendidikan dan pembelajaran yang sistematik.

"Kerajaan mahu melihat institusi pondok berkembang dan bukan sebagaimana difahami ramai ia menjadi tempat untuk golongan tua menambah pengetahuan agama," katanya.

Beliau berkata YaPEIM akan membantu penulisan sejarah penubuhan institusi pondok supaya masyarakat Islam melihatnya daripada sudut positif yang membantu perkembangan agama Islam di negara ini. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan