Wanita Perlu Bijak Cari Peluang Majukan Diri

Diterbitkan: Sabtu, 3 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Wanita di negara ini digesa supaya memajukan diri dengan bijak mencari peluang dalam membentuk rangkaian strategik bagi memastikan mereka berada di tahap lebih tinggi pada masa depan.

Timbalan Ketua Wanita Parti Gerakan Datuk Ng Siew Lai berkata wanita juga tidak seharusnya cepat berpuas hati dan berada dalam keadaan selesa, sebaliknya mereka perlu berusaha meningkatkan potensi diri dengan menguasai kemahiran baru.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Sambutan Hari Wanita Kebangsaan 2012 di sini Sabtu.

Siew Lai berkata sempena sambutan itu, Gerakan akan mengadakan makan malam di Hotel Berjaya Pulau Pinang pada 8 Mac ini dan pelbagai program pada majlis tersebut telah diatur seperti persembahan kebudayaan, pertandingan karoake serta cabutan bertuah.

Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dijadual merasmikan sambutan majlis pada malam itu.

Untuk keterangan lanjut dan tempahan meja pada majlis itu, sila hubungi pegawai acara Iena Ooi di talian 012-4788515. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan