SSM Bakal Perkenal Akta Syarikat Baru Yang Lebih Komprehensif

Diterbitkan: Sabtu, 3 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MUAR: Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) akan memperkenalkan satu Akta Syarikat baru, yang lebih komprehensif dan bercirikan perundangan korporat dinamik, dengan mengambil kira keperluan semasa dan akan datang.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata langkah itu merupakan antara inisiatif yang diambil SSM bagi mewujudkan persekitaran perniagaan yang lebih kondusif dan kompetitif di negara ini.

"Dalam masa yang sama, SSM juga akan memperkenalkan Sistem Extensible Business Reporting Language (XBLR) yang bertujuan memudahkan penyediaan laporan kewangan berasaskan piawaian perakaunan sejagat," katanya.

Beliau berkata sistem ini dengan sendirinya akan memastikan semua laporan kewangan syarikat-syarikat tempatan mematuhi piawaian perakaunan yang ditetapkan.

"Inisiatif ini akan mempertingkatkan kebolehpercayaan dan tahap ketelusan terhadap laporan kewangan syarikat-syarikat di negara ini," katanya ketika berucap merasmikan Karnival SSM Bersama Rakyat di Pagoh di sini, Sabtu, sempena ulang tahun SSM ke-10.

Turut hadir di majlis itu Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Muhyiddin berkata Sistem XBRL ini akan menjana pelbagai laporan analisa terperinci tentang kedudukan kewangan sesebuah syarikat.

Katanya ia akan menjadikan maklumat korporat menjadi lebih dinamik dan canggih bagi membantu pembuatan keputusan perniagaan yang lebih tepat di kalangan sektor korporat.

Muhyiddin, yang pernah bertanggungjawab menjaga kementerian berkenaan semasa SSM ditubuhkan 10 tahun lepas, berkata banyak inovasi dan pencapaian yang membanggakan dikecapi SSM sehingga kini.

"Melalui semua inovasi yang dilaksanakan SSM, ini jelas bahawa kerajaan sentiasa peka dan berfikiran jauh dalam mempertingkatkan perkhidmatan pelanggan dan sejajar dengan gagasan 1Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.

Katanya sejajar dengan perubahan masa, SSM telah melaksanakan pelbagai pembaharuan bagi meningkatkan mutu perkhidmatannya ke arah memacu ekonomi negara menjadi lebih mampan.

Beliau berkata semua kemudahan yang disediakan itu diharap dapat mengurangkan kerenah birokrasi dalam memulakan perniagaan di Malaysia.

Dalam masa yang sama, katanya SSM masih mempunyai ruang untuk terus meningkatkan mutu perkhidmatannya di masa hadapan.

Timbalan Perdana Menteri dalam ucapannya turut menegur segelintir peniaga dan penjaja terutama yang menjalankan perniagaan di pasar malam atau di tempat terbuka yang masih tidak mempunyai Sijil Pendaftarn Perniagaan SSM.

Katanya kebanyakan mereka memberikan alasan telah mempunyai lesen atau permit daripada pihak berkuasa tempatan untuk menjalankan sesuatu perniagaan.

"Perkara ini harus dipandang serius kerana di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956, sesiapa yang ingin menjalankan perniagaan wajib berdaftar dengan SSM terlebih dahulu," katanya.

Beliau berkata pendaftaran dan pembaharuan perniagaan amat penting bagi tujuan penyampaian maklumat dan mengenal pasti indentiti peniaga dan jenis perniagaan agar suasana perniagaan di negara ini terus berkesan, teratur dan mantap.

Selain itu, katanya melalui pendaftaran itu juga hak pengguna terhadap barang yang dihasilkan dan diniagakan sesebuah perniagaan akan lebih terjamin dan dilindungi. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan