Shabery Nafi KBS Biayai Ceramah Hasan Ali

Diterbitkan: Sabtu, 3 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KEMAMAN: Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menafikan dakwaan PAS kononnya terdapat unit di bawah kementerian itu yang akan menyumbangkan RM30 juta untuk membiayai perbelanjaan sebanyak 2,000 siri ceramah Datuk Dr Hasan Ali di seluruh negara, menjelang pilihan raya umum akan datang.

Malah kata Shabery, beliau sedia berdepan dengan Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar yang melemparkan tuduhan itu dalam sidang Parlimen yang dijadualkan bermula 12 Mac depan, bagi membuktikan tuduhan itu adalah palsu.

"Ini adalah bohong, tidak berasas dan kebudak-budakkan. Saya rasa Mahfuz tidak berapa betul. Dia tengah sakit sekarang dan perlukan bantuan rawatan psikiatri atau kaunseling.

"Saya pun tidak tahu dari mana dia dapat cerita ini. Tetapi ini menggambarkan pemimpin PAS sedang menggelabah, terutama sekali mereka nak lari dari kemelut kepimpinan PAS di Kedah yang tak dapat mereka selesaikan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai dakwaan Mahfuz yang mengadakan sidang akhbar semalam untuk meminta penjelasan dari Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengenai sumbangan wang itu.

Beberapa akhbar tempatan hari ini melaporkan Mahfuz meminta penjelasan KBS mengenai unit itu yang dinamakan 'cawangan strategi urat saraf' kerana ia tidak mendapat pengiktirafan Jabatan Perkhidmatan Awam.

Mahfuz berkata beliau difahamkan, kos bagi 2,000 siri jelajah itu berjumlah RM30 juta.

Hasan yang merupakan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor dikatakan diberi tugas untuk mendekati golongan belia dalam siri ceramahnya di seluruh negara untuk menarik sokongan di kalangan pengundi muda.

Ahmad Shabery berkata Mahfuz sepatutnya tidak bertindak melulu untuk melemparkan sebarang tuduhan terhadap KBS seperti mana yang pernah dilakukannya berkenaan isu peninju dari Israel yang kononnya dibawa masuk oleh kementerian sedangkan ia adalah jemputan dari kerajaan negeri Selangor.

"Saya tidak mahu Mahfuz malu sendiri kerana apa yang dituduh itu tidak benar. Namun, jika isu ini masih berterusan, kementerian akan mengambil tindakan yang wajar terhadapnya," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan