Pesakit Terpaksa Tunggu Lebih Lama Untuk Dapat Penderma Buah Pinggang

Diterbitkan: Sabtu, 3 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pesakit buah pinggang di negara ini terpaksa menunggu lebih lama bagi menjalani pemindahan organ itu kerana jumlah mereka yang berikrar menjadi penderma jauh lebih sedikit berbanding pesakit.

Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) Tan Sri Lee Lam Thye berkata ini kerana sejak 1997 hingga bulan lepas, hanya 4,318 orang berikrar sebagai penderma berbanding kira-kira 14,000 pesakit.

"Daripada jumlah itu, tidak semua yang berikrar menjadi penderma berjaya melakukannya," katanya kepada Bernama, Sabtu.

Beliau berkata kebanyakan pesakit buah pinggang di negara ini terpaksa menjalani rawatan dialisis setiap minggu dan bergantung kepada mesin untuk mencuci organ berkenaan bagi meneruskan kehidupan.

Justeru, katanya, sempena sambutan Hari Buah Pinggang Sedunia 2012 yang dirasmikan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, diharap lebih ramai akan tampil berikrar sebagai penderma organ. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan