Penyertaan, Penerimaan Masyarakat Terhadap K1M Semakin Meningkat - Rais

Diterbitkan: Sabtu, 3 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MUAR: Penyertaan dan penerimaan masyarakat terhadap Komuniti 1Malaysia (K1M) semakin meningkat, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Beliau berkata program itu akan diberi penekanan daripada sudut sebenar dan bukan hanya teori semata-mata.

"Komuniti 1Malaysia ini melibatkan keluarga, anggota pertubuhan bukan kerajaan, Rukun Tetangga, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung serta bertujuan untuk memperkasakan semangat perpaduan di antara masyarakat pelbagai kaum, memupuk semangat kesukarelaan dan berdikari, meningkatkan ilmu pengetahuan serta menjadi agen perubahan dalam komuniti," katanya kepada pemberita selepas pelancaran program itu di Sekolah Menengah Vokasional di sini, Sabtu.

Rais berkata sehingga kini, sebanyak 1,195 K1M diwujudkan di seluruh negara dan 115 daripadanya di Johor.

Beliau berkata program itu juga adalah bagi memastikan tidak ada janji kerajaan sebelum ini tidak dilaksanakan seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia dan komputer riba 1Malaysia.

Dalam perkembangan berkaitan, Rais menggesa sukarelawan K1M menjadi benteng bagi mempertahankan rakyat daripada ideologi neo-liberalisme pembangkang yang dikhuatiri boleh menggugat perpaduan di negara ini.

Sementara itu, Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman berkata beliau percaya rakyat di Johor menerima sepenuhnya gagasan 1Malaysia yang diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata 1Malaysia menekankan kepentingan perpaduan demi mencapai masa depan yang lebih baik.

Abdul Ghani berkata terdapat segelintir pihak yang cuba membawa perpecahan di kalangan masyarakat kerana hanya dengan cara itu, mereka kononnya berpeluang menentukan masa depan yang lebih baik untuk negara ini.

"Saya ajak masyarakat untuk merakamkan perpaduan itu dengan terus memberikan sokongan dan mandat kepada Perdana Menteri untuk terus memimpin negara ini," katanya ketika berucap pada majlis itu, yang dianggarkan dihadiri kira-kira 50,000 orang. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan