PAS Mahu Penyelesaian Damai, Phahrolrazi Diarah Tutup Mulut

Diterbitkan: Sabtu, 3 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Pemimpin PAS yang memberontak, Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi telah diperintahkan agar menutup mulut oleh kepimpinan parti berhubung krisis politik semasa di Kedah.

Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Kedah itu berkata beliau telah diarahkan oleh Jawatankuasa PAS Pusat supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan pada masa sekarang.

Beliau berkata arahan telah diberikan kepadanya ketika beliau menghadiri mesyuarat di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur pada malam Khamis.

"Saya telah dipanggil ke ibu pejabat dan diberitahu supaya tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan sehingga mesyuarat antara pemimpin jawatankuasa PAS pusat dan kawasan," katanya semalam.

Phahrolrazi berkata beliau akan menjelaskan tindakannya kepada pimpinan jawatankuasa pusat pada mesyuarat yang dijadualkan pada malam ini.

Beliau berkata penjelasan itu termasuk mengapa beliau menghantar surat untuk tidak memperbaharui tempoh perkhidmatan beliau sebagai exco, dan mengenai kata dua kepada timbalan beliau, Datuk Amiruddin Hamzah.

"Saya tidak boleh bercakap banyak, tunggulah sehingga mesyuarat selesai," katanya, sambil menambah bahawa dia telah diberitahu bahawa Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan ADUN Alor Mengkudu, Dr Ismail Salleh juga akan menghadiri mesyuarat itu.

Arahan tutup mulut merupakan yang terbaru dalam kontroversi. Pada Rabu, Phahrolrazi telah mengarahkan Amiruddin untuk meletakkan jawatan sebagai exco negeri sebagai tanda sokongan untuknya.

Phahrolrazi dan Dr Ismail, sehari sebelum itu tidak menghadirkan diri pada majlis angkat sumpah lapan exco, tetapi tidak menolak kemungkinan menyertai kerajaan semula dengan syarat-syarat tertentu.

Ditemui selepas melancarkan Expo Pendidikan Kedah 2012, kali ketiga di Stadium Sultan Abdul Halim di sini, Jumaat, Amiruddin mengumumkan bahawa beliau tidak akan melepaskan jawatan exco walaupun terdapat ancaman boikot.

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan