Noh Sedia Disaman Berhubung Pendedahan Mengenai Kewangan PKPS

Diterbitkan: Sabtu, 3 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA SELANGOR: Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar pada Sabtu mencabar kerajaan Selangor menyaman beliau sekiranya tidak benar pendedahannya mengenai simpanan tunai Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) yang meningkat kepada RM114 juta tahun lepas.

Beliau mempertahankan kenyataannya bahawa simpanan tunai itu meningkat berbanding RM8.3 juta pada 2008 diperolehi hasil transaksi jual beli tanah PKPS di Sarawak ketika Barisan Nasional mentadbir negeri Selangor sebelum ini.

"Ia bukannya daripada kecekapan pengurusan kerajaan pakatan pembangkang sekarang. Saya bersedia disaman jika kerajaan Selangor berpendapat pendedahan itu tidak betul," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Agama Kuala Selangor di sini, Sabtu.

Noh mendesak Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memberikan jawapan terhadap isu itu untuk mengetahui macam mana dan bagaimana PKPS boleh dapat duit begitu banyak dalam tempoh tiga tahun.

Beliau bertanya dari mana Pakatan Rakyat mendapat duit ini dan beliau pun ingin belajar daripada kerajaan Selangor sekarang.

Pada Jumaat, Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani meminta kerajaan Selangor mendedahkan sumber simpanan tunai PKPS itu yang meningkat kepada RM114 juta tahun lepas. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 21 Julai 2017 3:00 PM

Nadzmi Adhwa Bolot Semua 'Job'

Jumaat, 21 Julai 2017 11:09 AM

Lagak Lelaki Ini Seperti…

Jumaat, 21 Julai 2017 9:00 AM

#akuStar: iR Radzi - Cinta Terakhir

Khamis, 20 Julai 2017 3:30 PM

Luahan Ezlynn Beraya Tanpa Zuriat

Khamis, 20 Julai 2017 12:30 PM

Diana Muntah, Mabuk Teruk - Zamarul

Rabu, 19 Julai 2017 5:00 PM

Sauk Jangan Tak Sauk...

Rabu, 19 Julai 2017 3:27 PM

Beraksi 'Ghairah'? OK Je Kalau...

Rabu, 19 Julai 2017 1:20 PM

Ulat Buku Naik Superbike

Kolumnis

iklan

Iklan