Najib Lawat Baling, Sungai Petani Hari Ini

Diterbitkan: Sabtu, 3 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BALING: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memulakan lawatannya ke Kedah pada Sabtu dengan mengunjungi veteran Umno Datuk Zakaria Rauf di rumahnya di Kuala Ketil dekat sini.

Perdana Menteri yang tiba kira-kira pukul 3.30 petang meluangkan masa kira-kira 20 minit di rumah itu.

Turut bersama Perdana Menteri adalah Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah dan Penyelaras Parlimen Baling Datuk Abdul Azeez Rahim.

Selepas itu, Perdana Menteri menyertai penduduk Baling dan kawasan sekitarnya pada Program Mesra Rakyat 1Malaysia di Padang Awam Kuala Ketil.

Selepas berakhirnya program di Kuala Ketil, Perdana Menteri akan bertolak ke Sungai Petani.

Program pertama di Sungai Petani, Najib akan mengadakan perjumpaan dengan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) yang menyertai Permukiman Kelab Adun BN di Kelab Cinta Sayang.

Selepas itu, Perdana Menteri akan merasmikan program permukiman itu dan Jamuan Rakyat di Padang Awam Taman Ria Jaya.

Seramai 120 Adun BN dari seluruh negara menyertai permukiman peringkat negeri Kedah itu selama tiga hari yang bermula semalam. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan