Muhyiddin Minta Rakyat Jangan Terpedaya Dengan Janji Pembangkang

Diterbitkan: Sabtu, 3 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MUAR: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Sabtu menasihatkan rakyat supaya tidak mudah terpengaruh dengan janji manis pembangkang yang menawarkan pelbagai bantuan percuma kepada mereka jika menang dalam pilihan raya umum ke-13 nanti.

Katanya janji-janji itu ditabur oleh pembangkang semata-mata untuk meraih sokongan rakyat dalam pilihan raya umum nanti walaupun mereka sedar janji tersebut tidak dapat ditunaikan.

"Buktinya, Kedah yang dikuasai pembangkang sehingga hari ini tidak mampu menyelesaikan masalah bekalan air dan lain-lain kemudahan rakyat.

"Bekalan air kotor menyebabkan rakyat terkena penyakit," katanya ketika berucap merasmikan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) di Bukit Pasir, di sini, Sabtu.

Muhyiddin berkata tidak ada negara lain di dunia ini selain daripada kerajaan Barisan Nasional (BN) yang sanggup memberikan pelbagai bentuk bantuan subsidi termasuk yang terbaru program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang melibatkan peruntukan RM16.38 bilion.

Beliau berkata bantuan itu untuk memastikan rakyat tidak tertekan dengan kenaikan harga barang pada masa kini.

"Menerusi program BR1M, kerajaan beri bantuan RM500 kepada rakyat yang layak untuk meringankan beban sara hidup ekoran kenaikan harga barang walaupun kenaikan harga barang di Malaysia tidak begitu ketara.

"Sedangkan di negara-negara lain, kenaikan harga barang mencecah antara 50 peratus hingga 100 peratus," katanya.

Katanya kerajaan juga memperkenalkan KR1M untuk membolehkan rakyat berpendapatan sederhana dan rendah mendapatkan bekalan barang keperluan dengan harga yang berpatutan atau lebih murah berbanding kedai biasa. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan