Malaysia Perlu Rapatkan Jurang Budaya Dengan Korea

Diterbitkan: Sabtu, 3 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Malaysia perlu berusaha lebih gigih untuk memperkenalkan budaya masyarakat negara ini kepada rakyat Korea, terutama di kalangan generasi muda bagi merapatkan jurang yang kini wujud antara rakyat kedua-dua negara.

Timbalan Dekan serta Pensyarah Institut Pendidikan Antarabangsa Universiti Kyung Hee Profesor Madya Cho Hyun Yong berkata budaya Korea Pop ataupun 'K-Pop' semakin mendapat tempat di hati generasi muda di Malaysia, namun ramai rakyat Korea yang tidak tahu langsung tentang Malaysia serta budaya masyarakat berbilang kaumnya.

"Saya berharap budaya Malaysia juga dapat tersebar luas seperti budaya Korea yang semakin mendapat tempat di kalangan masyarakat di seluruh dunia," katanya kepada Bernama pada Karnival Korea anjuran Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) di sini.

Karnival yang dianjurkan dengan kerjasama Universiti Kyung Hee, Korean Language House dan Korean Tourism Organisation (KTO) itu bertujuan memberi pemahaman lebih luas mengenai budaya Korea, khususnya kepada generasi muda.

Cho, yang berbesar hati kerana ramai rakyat Malaysia meminati budaya Korea, berkata pihaknya menyambut baik program pertukaran pelajar untuk memberi pendedahan kepada masyarakat Korea terhadap budaya di Malaysia.

Seorang pengunjung, Shin Hanna, 21, dari Seoul, berkata beliau teruja melihat masyarakat berbilang kaum di negara ini yang meminati drama dan lagu Korea sehingga menyebabkan mereka tertarik untuk mempelajari budaya serta bahasa itu.

Mengenai budaya di Malaysia, pelajar sebuah universiti tempatan Malaysia itu berkata beliau amat menyukai kepelbagaian yang terdapat di negara ini dan berharap ia mampu tersebar luas ke seluruh dunia.

Han Min-Ji, 21, pula berkata meskipun cuaca di Malaysia agak panas, namun beliau berasa 'sejuk' dengan keramahan masyarakat berbilang kaum yang hidup secara harmoni di negara ini.

"Di Korea, kami hanya mempunyai satu kaum sahaja, Malaysia menjadikan saya lebih memahami serta mempelajari pelbagai jenis budaya, bahasa dan cara hidup yang berlainan," katanya yang meminati makanan tempatan seperti Nasi Lemak dan Sate.

Sementara itu, pengarah karnival Lim Guat Yet berkata selain mengambil peluang mempromosi budaya Korea kepada masyarakat Malaysia, pihaknya turut menawarkan beberapa kursus bahasa di UTAR. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan