Kerajaan Tidak Perlu Buat Pinjaman Untuk Laksana BR1M - Najib

Diterbitkan: Sabtu, 3 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BALING: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan bahawa kerajaan pusat tidak perlu membuat sebarang pinjaman daripada mana-mana pihak untuk melaksanakan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) seperti yang didakwa pembangkang.

Beliau berkata dakwaan itu hanyalah modal politik yang disebarkan pihak pembangkang bagi mempengaruhi rakyat supaya menolak BR1M.

"Duit itu halal... Apa bukti kita pinjam duit? Sampai sekarang mereka (pakatan pembangkang) tidak ada bukti kita buat pinjaman dan ini menunjukkan ia adalah dakwaan palsu.

"Kita tidak pinjam duit kerana kerajaan Barisan Nasional ada kekuatan ekonomi, kemampuan mengurus tadbir ekonomi negara dengan baik dan cekap," katanya ketika berucap pada Majlis Perjumpaan Bersama Rakyat di Padang Awam Kuala Ketil, dekat sini Sabtu.

Beliau berkata pada tahun lepas pendapatan negara melonjak lebih RM26 bilion dan daripada jumlah itu lebih RM2.6 bilion diperuntukkan untuk pelaksanaan BR1M.

Najib berkata bagi Kedah sahaja jumlah penerima adalah seramai 328,157 yang membabitkan peruntukan RM164.08 juta.

Beliau berkata ketika mengumumkan Belanjawan 2012, ramai yang berpendapat bahawa banyak perkara dalam belanjawan itu tidak mungkin dilaksanakan, namun kini janji itu telah ditunaikan.

"Setiap murid sekolah dapat RM100, perkara ini juga sudah kita tunaikan dan kita bagi RM500 kepada keluarga berpendapatan RM3,000 ke bawah. Sebanyak 80 peratus isi rumah layak mendapat RM500 ini.

"Kita tidak janji apa yang tidak boleh ditunaikan, bukan seperti pembangkang yang hanya tabur janji manis dan akhirnya janji tinggal janji," katanya.

Hadir sama pada majlis itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mashitah Ibrahim, Ketua Umno Bahagian Baling Datuk Abdul Azeez Rahim dan Ketua Umno Bahagian Sik Datuk Tajuddin Abdullah. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan