Kemelut Kedah: Pemimpin Tertinggi PAS Mula Bermesyuarat

Diterbitkan: Sabtu, 3 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Pemimpin tertinggi PAS mula berkumpul di kediaman rasmi Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak di Mentaloon di sini untuk menyelesaikan kemelut yang melanda kepimpinan parti peringkat negeri Kedah.

Beberapa pemimpin PAS Pusat hadir seawal jam 7 malam di mana gambar mereka berjaya dirakam jurugambar dari depan pintu masuk utama.

Ketika ditanya sama ada isu itu boleh diselesaikan malam Sabtu, Timbalan Presiden PAS, Mohamed Sabu yang tiba pada pukul 8.25 malam berkata, Insyallah!.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub pula menyifatkan tumpuan media terhadap kemelut itu amat luar biasa berbanding ketika pilihan raya.

Pengawal keselamatan yang melakukan pemeriksaan rapi ke atas kira-kira 90 nama yang dibenarkan memasuki kediaman itu berkata, beberapa pemimpin dinasihatkan untuk meninggalkan telefon bimbit, kamera dan alat perakam sebelum memasuki bilik mesyuarat.

Pemimpin PAS yang memberontak, Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi berkata, dia berharap untuk menang tetapi enggan mengulas lebih lanjut.

Phahrolrazi berkata, beliau akan membentangkan hujahnya dalam keadaan tenang dan yakin kemelut itu akan diselesaikan, malam Sabtu.

"Ini melibatkan isu (dalaman) politik. Orang ramai tidak perlu berdebat mengenai isu ini," katanya.

Seorang lagi exco yang turut menolak tawaran pelantikan semula, Dr Ismail Salleh turut tiba lebih awal.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang tiba pada pukul 9.50 malam akan mempengerusikan mesyuarat itu.

Mesyuarat itu bermula pada pukul 10 malam dan dijangka berakhir lewat tengah malam Ahad.

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan