Kelantan Penerima Pertama Dana Kerajaan RM400 Juta Syarikat Bas Henti-Henti - Berita Semasa | mStar

Kelantan Penerima Pertama Dana Kerajaan RM400 Juta Syarikat Bas Henti-Henti

Diterbitkan: Sabtu, 3 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Kelantan menjadi penerima pertama peruntukan dana Kerajaan Persekutuan RM400 juta yang diberikan secara berperingkat kepada syarikat bas henti-henti apabila menerima 16.1 juta bagi memastikan perkhidmatan tersebut dapat diteruskan di negeri ini.

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan Cityliner, syarikat perkhidmatan bas tunggal di Kelantan, telah bersetuju dengan mekanisme pembayaran per kilometer yang akan membantu syarikat menghadapi kos yang terus meningkat.

Syarikat akan menerima bayaran bagi perkhidmatan setiap kilometer manakala kutipan tambang akan diberikan kepada kerajaan.

"Kerajaan Persekutuan amat prihatin dengan keadaan bas henti-henti di negara ini kerana ia boleh menjejaskan orang ramai daripada golongan berpendapatan rendah, yang bergantung kepada bas sebagai medium pengangkutan utama mereka.

"Apabila perkhidmatan bas terganggu, ia akan memberi kesan kepada aktiviti ekonomi di negeri ini," kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed selepas bersarapan dengan pemandu bas Kelantan di sini pada Sabtu.

Ahli Parlimen Jeli ini juga berkata syarikat bas telah merayu kepada kerajaan negeri untuk mendapatkan bantuan, tetapi RM100,000 sebulan yang dijanjikan tidak pernah direalisasikan dan ia juga tidak cukup untuk mengekalkan perkhidmatan bas.

Suntikan dana akan memastikan bahawa kira-kira 200 pemandu bas di negeri ini tidak perlu bimbang tentang pekerjaan mereka atau dibayar upah lewat, katanya.

Mustapa juga berkata kerajaan telah meluluskan RM1.2 juta diberi kepada Konsortium Transnasional Berhad (KTB), yang turut memiliki Cityliner, jadi ia membolehkan warga tua dan orang kurang upaya menaiki bas percuma.

Ketua Pegawai Eksekutif KTB Datuk Mohd Nadzmi Mohd Salleh, yang turut hadir, berkata tawaran ini akan dilancarkan pada bulan April.

Pembayaran itu adalah yang pertama sejak Kerajaan Persekutuan mengumumkan dana sokongan interim pada bulan Disember, selepas pengusaha bas henti-henti di seluruh negara mengadu kos yang terus meningkat, yang memaksa banyak syarikat menghentikan operasi di laluan bas di seluruh negara.

Pada 15 Januari, KTB menghentikan kira-kira 31 daripada 37 laluan perkhidmatan bas di negeri ini selama sepuluh hari kerana kutipan harian tidak mencukupi untuk menampung kos.

Gangguan ini menyaksikan kira-kira 30,000 penumpang di negeri ini terkandas.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan