Jumlah Kematian Akibat Denggi Catat Peningkatan Membimbangkan - Dr Hasan

Diterbitkan: Sabtu, 3 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KAJANG: Jumlah kematian akibat demam denggi bagi tempoh dua bulan pertama tahun ini menunjukkan peningkatan membimbangkan apabila mencatatkan 15 kematian berbanding lapan kematian bagi tempoh yang sama tahun lepas.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman berkata daripada jumlah kematian itu, tiga daripadanya adalah kanak-kanak.

"Situasi denggi di negara kita tidak begitu baik, kes-kes telah menunjukkan peningkatan yang membimbangkan iaitu lebih dua kali ganda (sepanjang Januari dan Februari tahun ini) berbanding tempoh sama tahun lepas" katanya kepada pemberita pada Majlis Pelantikan Penyelamat Nyawa 2012 di Sekolah Menengah Vakasional Kajang di sini, Sabtu.

Katanya jumlah kes demam denggi bagi tempoh Januari hingga awal Mac tahun ini juga menunjukkan peningkatan 14 peratus di mana sejumlah 4,453 kes dilaporkan berbanding 3,915 kes dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Bagi mengelakkan kes denggi terus meningkat, Dr Hasan berkata masyarakat perlu memastikan kebersihan di rumah dan kawasan perumahan mereka serta menjalankan aktiviti memusnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes.

"Jika setiap ahli masyarakat melakukan aktiviti seperti ini, maka lebih banyak nyawa yang dapat diselamatkan," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan