'Jenis Kenderaan' Salah Satu Faktor Permohonan BR1M Ditolak

Diterbitkan: Sabtu, 3 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Jenis kereta yang dimiliki seseorang boleh menjadi faktor penentu sama ada mereka layak untuk menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia Rakyat (BR1M).

Banyak permohonan telah ditolak kerana pemohon memiliki kenderaan yang melebihi kapasiti enjin yang ditetapkan.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Donald Lim Siang Chai berkata mereka yang memiliki kereta Proton atau Perodua (yang didaftarkan antara 2007 dan 2011) lebih daripada 1,600 cc dan kereta jenama lain (yang berdaftar dari 2007 hingga 2011) dengan kapasiti enjin lebih 1,500cc tidak layak untuk mendapat bantuan.

Pemohon yang memiliki motosikal (yang dibuat dari 2007 hingga 2011) kapasiti enjin lebih daripada 500cc atau bersamaan juga ditolak.

Sejumlah 2.38 peratus atau 23,360 permohonan telah ditolak kerana faktor ini.

Lim, bagaimanapun, menambah sebab utama permohonan ditolak kerana terdapat pengulangan nama dalam borang permohonan yang berbeza.

Beliau berkata sebanyak 15.65 peratus atau 153,764 permohonan telah ditolak kerana nama mereka telah digunakan oleh pemohon yang lain sebagai tanggungan.

"Terdapat 17 sebab mengapa permohonan telah ditolak dan saya menggesa mereka yang terlibat untuk merayu kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri atau melalui wakil rakyat mereka sebelum 15 Mac," katanya.

Sejumlah 900,000 permohonan telah ditolak.

Beliau berkata setakat ini, kerajaan telah menerima 4.8 juta permohonan untuk bantuan RM500 di bawah inisiatif BR1M, di mana 3.8 juta telah diluluskan.

BR1M inisiatif telah diperkenalkan untuk membantu meringankan beban isi rumah yang berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan, memandangkan kos sara hidup yang kian meningkat.

Lim berkata 11.78 peratus atau 115,707 permohonan yang ditolak itu mendakwa diri sebagai ibu tunggal, tetapi tidak meletakkan nama tanggungan mereka apabila memohon untuk dana.

Lim berkata 14.83 peratus atau 145,672 pemohon lain mendakwa mereka telah berkahwin tetapi tidak meletakkan nama pasangan mereka.

Sementara itu di PUTRAJAYA, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, golongan miskin tegar yang telah berdaftar dalam program E-Kasih Kerajaan akan menerima pembayaran BR1M menjelang pertengahan bulan ini.

Lebih daripada separuh daripada 750,000 isi rumah yang disenaraikan dalam pangkalan data telah memohon untuk pembayaran setakat ini, katanya.

Pendaftaran khas untuk orang asli, termasuk mereka di luar bandar Sabah dan Sarawak, yang layak untuk BR1M, masih berterusan.

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan