Hasan Ali Mahu Saman Mahfuz

Diterbitkan: Sabtu, 3 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Presiden Jalur Tiga (Jati) Datuk Dr Hasan Mohamed Ali menegaskan beliau akan menyaman Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berikutan dakwaan bahawa Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan menaja lebih 2,000 program ceramahnya.

“Saya ingin tegaskan di sini bahawa saya tidak pernah terlibat dalam mana-mana perundingan dengan pihak Kementerian Belia dan Sukan untuk membincangkan program latihan seperti yang dituduh oleh Mahfuz.

“Saya juga tidak pernah melantik mana-mana wakil bagi pihak saya untuk berunding dengan hal-hal berkaitan program tersebut," katanya pada sidang media di rumahnya pada Sabtu.

Bagaimanapun bekas Pesuruhjaya PAS Selangor ini menegaskan tidak ada salahnya jika ada mana-mana pihak bersedia untuk menaja atau menyediakan peruntukan kerana ia hanya sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

"Saya mendapati tuduhan yang dibuat oleh Mahfuz itu berniat jahat, berunsur fitnah, percubaan memburukkan imej saya di mata rakyat, mencemarkan kredibiliti saya sebagai seorang ahli politik, pakar runding profesional, pakar motivasi dan peneraju Jati.

"Saya telah menyerahkan perkara ini kepada barisan peguam saya untuk mengambil tindakan munasabah, satu tindakan rasmi akan dikeluarkan kemudian," ujarnya.

Mengulas lanjut, Hasan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia berkata isu beliau menerima tajaan jutaan ringgit daripada KBS sengaja dijadikan perkara utama bagi mengalihkan pandangan rakyat terhadap krisis kepimpinan PAS Kedah yang sedang berlaku.

"Sebagai ahli politik kita banyak melihat perkara yang tersirat daripada yang tersurat. Ini memerlukan saya kuda tunggangan yang namanya Mahfuz untuk membawa isu roadshow saya untuk dibawa ke satu sudut supaya isu sekarang diketepikan.

"Supaya ia dijadikan polemik di dada-dada akhbar untuk seketika,” katanya.

Mengenai jumlah saman yang akan dikenakan, Hasan berkata beliau menyerahkan perkara tersebut kepada peguamnya.

"Jumlah saman saya serahkan kepada peguam saya. Semua aktiviti kami tidak melibatkan nama-nama yang didakwa. Kalau mereka ada bukti mereka boleh kemukakan dokumen-dokumen tersebut.

“Kita tidak mendapat tajaan apa-apa. Kita dapat sumbangan, ada yang daripada pihak-pihak yang tidak mahu dikenali,” katanya.

Pada Khamis, beberapa akhbar melaporkan Mahfuz meminta penjelasan KBS mengenai unit itu yang dinamakan 'cawangan strategi urat saraf' kerana ia tidak mendapat pengiktirafan Jabatan Perkhidmatan Awam.

Mahfuz berkata beliau difahamkan, kos bagi 2,000 siri jelajah itu berjumlah RM30 juta.

Hasan yang merupakan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor dikatakan diberi tugas untuk mendekati golongan belia dalam siri ceramahnya di seluruh negara untuk menarik sokongan di kalangan pengundi muda.

Bagaimanapun, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menafikan dakwaan PAS kononnya terdapat unit di bawah kementerian itu yang akan menyumbangkan RM30 juta untuk membiayai perbelanjaan sebanyak 2,000 siri ceramah Hasan Ali di seluruh negara, menjelang pilihan raya umum akan datang.

Malah kata Shabery, beliau sedia berdepan dengan Mahfuz yang melemparkan tuduhan itu dalam sidang Parlimen yang dijadualkan bermula 12 Mac depan, bagi membuktikan tuduhan itu adalah palsu.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan