Dr Mahathir Saran Malaysia Airlines Belajar Daripada AirAsia

Diterbitkan: Sabtu, 3 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa Malaysia Airlines (MAS) supaya mengkaji langkah-langkah pengurangan kos dan struktur pengurusan AirAsia bagi membolehkannya kembali mencatat keuntungan.

Kini merupakan peluang terbaik untuk mengkaji dan melihat mengapa syarikat penerbangan nasional itu terjerumus ke dalam krisis fiskal sedangkan syarikat penerbangan tambang rendah itu dapat membuat keuntungan, kata bekas Perdana Menteri itu kepada Bernama.

Perjanjian pertukaran antara Khazanah Nasional dan pemegang saham utama AirAsia akan menjalinkan mereka, katanya.

Pada Ogos tahun lepas, MAS dan AirAsia memeterai perjanjian kerjasama yang diperkukuh oleh Tune Air dan Khazanah - pemegang saham utama AirAsia dan MAS, masing-masing menukar saham mereka.

Ini menyebabkan Tune Air memegang 20.5 peratus kepentingan ekuiti dalam MAS manakala Khazanah memiliki 10.0 peratus AirAsia, dan juga pengasas Tune Air dan pengasas bersama Tan Sri Tony Fernandes dan Datuk Kamarudin Meranun menyertai lembaga MAS.

"Memandangkan kedua-dua syarikat penerbangan ini beroperasi dari negara yang sama, tidak ada sebab bagi MAS gagal. Mereka perlu bekerjasama dengan AirAsia," kata Dr Mahathir.

"AirAsia meraih keuntungan yang banyak. Mereka membuat keuntungan walaupun tambang mereka sangat rendah.

"Jadi ada sesuatu yang MAS boleh pelajari daripada AirAsia dari segi pengurusan, mengurangkan kos dan oleh itu, mendapat keuntungan," kata beliau.

MAS mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM2.52 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2011, terbesar dalam sejarah korporatnya, berdasarkan hasil sebanyak RM13.9 bilion.

Sementara itu, AirAsia mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM564.1 juta daripada hasil berjumlah RM4.47 bilion. Semasa ditanya sama ada Khazanah perlu melepaskan sahamnya dalam MAS jika krisis berterusan, Dr Mahathir berkata: "Saya tidak akan dapat bercakap mengenainya." - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan