BN Kedah Ikrar Tawan Kerajaan Negeri Pada PRU Ke-13

Diterbitkan: Sabtu, 3 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SUNGAI PETANI: Barisan Nasional (BN) Kedah pada Sabtu berikrar di hadapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menawan semula kerajaan negeri Kedah pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

Pengerusi BN negeri Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah berkata BN juga akan memastikan Najib terus menerajui negara dan menawan semula kerusi-kerusi Parlimen yang tewas pada pilihan raya umum 2008.

"Kita yakin akan menawan semula Kedah dan memberi hadiah kepada Datuk Seri Najib serta memastikan beliau terus kekal di Putrajaya untuk memakmurkan negara," katanya ketika berucap pada majlis Makan Malam Perdana anjuran BN di Padang Awam Taman Ria di sini, malam Sabtu.

Majlis makan itu diadakan sempena Program Pemukiman Adun-Adun BN Malaysia di Kedah.

Ahmad Bashah berkata, rakyat kini juga telah menunjukkan sokongan mereka terhadap BN menerusi sambutan aktiviti anjuran BN termasuk majlis makan malam itu yang dihadiri oleh lebih 20,000 orang.

Katanya, aktiviti pemukiman yang dianjurkan itu juga telah mendapat sambutan rakyat apabila mereka bergabung tenaga bersama Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) dalam berkempen. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan