Universiti Islam Malaysia Bakal Ditubuhkan - Yusof Noor

Diterbitkan: Jumaat, 2 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor. Foto LIM CHENG KIAT.
Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor. Foto LIM CHENG KIAT.

KUALA LUMPUR: Sebuah universiti Islam bakal beroperasi di negara ini yang dinamakan sebagai Universiti Islam Malaysia (UIM), kata Pengerusi Majlis Universiti Islam Malaysia (MUIM), Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor.

Beliau berkata, penubuhan UIM merupakan permulaan kepada sistem integrasi ilmu dalam Islam secara menyeluruh di negara ini.

“MUIM kini sedang berurusan dengan Kementerian Pengajian Tinggi dalam peringkat menunggu status pengiktirafan sebagai universiti.

“Saya bagi pihak MUIM menyerahkan kepada pertimbangan dan budi bicara kementerian untuk menentukan sama ada universiti ini akan diletakkan di bawah institusi pengajian tinggi (IPT) awam atau swasta,” katanya pada taklimat media mengenai penubuhan UIM di sini, Jumaat.

Turut hadir adalah Ketua Bahagian Kewangan MUIM, Datuk Abd Manaf Ahmad dan Ketua Pengurusan dan Perundangannya, Datuk Dr Abdul Monir Yaacob.

UIM dahulunya merupakan Kolej Islam Malaya (KIM) yang ditubuhkan pada tahun 1955 diperkenankan oleh Raja-Raja Melayu ketika itu bagi menyediakan kemudahan pengajian dalam konteks Islam kepada pelajar tempatan.

Operasi KIM kemudiannya ditangguhkan pada 1970 namun diaktifkan semula pada 2010 selepas diperkenankan dalam persidangan Majlis Raja-Raja ke-222.

Mohd Yusof berkata, berkata, beliau yakin kerajaan menyokong penubuhan UIM kerana hubungan kerajaan dengan institusi raja-raja Melayu sangat kuat.

“Berdasarkan beberapa mesyuarat dengan (Menteri Pengajian Tinggi) Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, saya yakin perkembangannya adalah positif.

"Pengambilan pertama dijangka dilaksanakan pada Jun ini. UIM akan beroperasi buat sementara waktu di Institut Latihan Islam Malaysia di Bandar Baru Bangi, Selangor.

“Usaha sedang dilakukan untuk mendapatkan sebidang tanah di Cyberjaya sebagai kampus tetap UIM berkonsepkan Islam dan institusi raja-raja Melayu,” katanya.

UIM memfokuskan program pasca ijazah iaitu peringkat sarjana dan doktor falsafah dengan mengutamakan mereka yang berpengalaman dalam bidang-bidang masing.

Menurut Mohd Yusof, penubuhan UIM amat unik kerana ia merupakan universiti yang membuka pengajian kepada semua bidang tetapi dalam konteks Islam.

“Sebagai contoh, jika seseorang itu mahu mengambil bidang kejuruteraan maka apa yang dikaji adalah pembinaan dari segi perspektif Islam. Begitu juga bidang perubatan, apa yang mereka akan kaji dalam konteks Islam,” katanya.

Keduanya, beliau berkata, para pelajar nanti dibenarkan membuat tesis dalam mana-mana bahasa dunia namun sinopsisnya perlu ditulis dalam bahasa Melayu.

“Penasihat mereka akan terdiri daripada dua orang iaitu seorang yang memahami bahasa Melayu manakala seorang lagi yang mahir dalam bahasa yang digunakan dalam tesis berkenaan.

“Pendekatan ini memudahkan kita bertukar dokumen sekali gus menjadikan (UIM) sebagai sebuah pusat penyelidikan antarabangsa,” kata Mohd Yusof.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan