UIM Lambang Dinamisme Islam Di Malaysia – Hasan Ali

Diterbitkan: Jumaat, 2 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Hasan Mohamed Ali.
Hasan Mohamed Ali.

PETALING JAYA: Penubuhan Universiti Islam Malaysia (UIM) kelak dilihat sebagai antara lambang kepada dinamisme Islam terutama dalam pendidikan di negara ini, kata Pengasas Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr Hasan Mohamed Ali.

Beliau berkata, UIM yang dahulunya merupakan Kolej Islam Malaya (KIM) dan hasratnya untuk menjadi sebuah universiti sudah lama dicadangkan yang seharusnya diberikan sokongan dalam merealisasikannya.

“KIM merupakan kolej Islam yang tertua di Malaysia maka wajar diperkembangkan bagi melihat pembentukan Islam yang dinamik di negara ini,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Jumaat.

Hasan berkata, negara sudah mempunyai banyak kemudahan pendidikan berkonsepkan Islam seperti sekolah dan tadika begitu juga dengan institusi pengajian tinggi.

“Saya fikir ia adalah gambaran keseluruhan terhadap kemajuan peradaban Islam,” katanya.

UIM dahulunya merupakan Kolej Islam Malaya (KIM) yang ditubuhkan pada tahun 1955, diperkenankan oleh Raja-Raja Melayu ketika itu bagi menyediakan kemudian pengajian dalam konteks Islam kepada pelajar tempatan.

Operasi KIM kemudiannya ditangguhkan pada 1970 namun diaktifkan semula pada 2010 selepas diperkenankan dalam Majlis Raja-Raja bersidang kali ke-222.

Pengerusi Majlis Universiti Islam Malaysia (MUIM), Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor pada Jumaat menyatakan rancangan penubuhan UIM sedang diusahakan bersama dengan Kementerian Pengajian Tinggi.

Mohd Yusof berkata, UIM kini dalam peringkat menunggu status pengiktirafan sebagai universiti dan keputusan sama ada ia diletakkan di bawah institusi pengajian tinggi (IPT) awam atau swasta.

Negara bakal menyaksikan sebuah lagi penubuhan universiti Islam seperti Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) sekiranya UIM beroperasi secara rasmi kelak dan pengambilan pertama dijangka diadakan pada Jun ini.

Berdasarkan perancangan, UIM memfokuskan program pasca ijazah iaitu peringkat sarjana dan doktor falsafah dengan mengutamakan mereka yang berpengalaman dalam bidang-bidang masing.

Penubuhan UIM amat unik kerana antaranya menjadi sebuah universiti yang membuka pengajian kepada semua bidang tetapi dalam konteks Islam.

Hasan berkata: “Satu, tiga atau empat (universiti Islam di Malaysia) bukan persoalannya kerana apa yang lebih penting adalah UIM perlu berfungsi sebagai sebuah universiti yang menawarkan pelbagai disiplin dengan pengajian yang komprehensif dan berteknologi berlandaskan Islam.”

Hasan sebagai pengasas Jati yang ditubuhkan atas prinsip membela umat Islam, masyarakat Melayu dan sistem beraja turut berpendapat penubuhan UIM memperlihatkan sebagai antara bidang kuasa Majlis Raja-Raja Melayu di negara ini.

“Banyak cara untuk melihat perkembangan Islam di negara ini terutama di kalangan masyarakat Melayu. Ini dapat dilakukan menerusi pembangunan insan.

“Masyarakat boleh diberikan subsidi, peluang perniagaan atau syarikat untuk mereka mentadbir tetapi pendidikan adalah yang paling baik (pembangunan insan).

“Pendekatan yang baik ini boleh dilihat dalam mana-mana peradaban sekali pun. Ilmu yang hebat apabila berlandaskan keagungan Allah,” katanya yang menjelaskan antara lain pendidikan yang baik perlu mempunyai kekuatan akidah, syariah dan akhlak.

Jati merupakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dilancarkan secara rasmi pada 21 Februari lalu.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan