UIM Bukan Duplikasi Universiti Islam Lain - MUIM

Diterbitkan: Jumaat, 2 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Dari kiri: Abdul Monir, Mohd Yusof dan Abd Manaf pada taklimat media oleh Majlis Universiti Islam Malaysia di Kuala Lumpur, Jumaat. Foto LIM CHENG KIAT.
Dari kiri: Abdul Monir, Mohd Yusof dan Abd Manaf pada taklimat media oleh Majlis Universiti Islam Malaysia di Kuala Lumpur, Jumaat. Foto LIM CHENG KIAT.

KUALA LUMPUR: Universiti Islam Malaysia (UIM) yang bakal ditubuhkan bukan duplikasi kepada universiti Islam lain di negara ini namun sebaliknya adalah penyambungan kepada sebuah institusi pengajian yang telah pun tertubuh sebelum ini.

Pengerusi Majlis Universiti Islam Malaysia (MUIM), Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor berkata, UIM dahulunya merupakan Kolej Islam Malaya (KIM) yang ditubuhkan pada tahun 1955, diperkenankan oleh Raja-Raja Melayu ketika itu.

“Ia (operasi) bagaimanapun tertangguh pada 1970. (Namun) Majlis Raja-Raja Melayu yang bersidang kali ke-222 pada 2010 telah berkenan mengaktifkan KIM sebagai Universiti Islam Malaysia.

“Kekeliruan itu menjadi keprihatinan kita. Ia (UIM) bukan sebuah universiti baru tetapi sebaliknya memperbaharui institusi yang telah pun ditubuhkan sebelum ini,” katanya pada taklimat media di sini, Jumaat.

Turut hadir adalah Ketua Bahagian Kewangan MUIM, Datuk Abd Manaf Ahmad dan Ketua Pengurusan dan Perundangannya, Datuk Dr Abdul Monir Yaacob.

Mohd Yusof berkata, UIM sebenarnya merupakan institusi pengajian tinggi (IPT) yang pertama ditubuhkan di Malaysia sebelum kemunculan universiti-universiti lain.

“Sekali lagi, penubuhan UIM bukan sebagai satu duplikasi kepada mana-mana universiti di pasaran. Ia adalah sebagai penyambungan semula (institusi di mana operasinya sebelum ini ditangguhkan),” katanya.

Rancangan penubuhan UIM didakwa menimbulkan kekeliruan dengan universiti Islam sedia ada di negara ini terutama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Menurut Mohd Yusof, UIAM ditubuhkan menerusi tajaan daripada Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan negara-negara Islam manakala USIM pula merupakan universiti Islam Malaysia yang pertama ditubuhkan oleh kerajaan.

“UIM pula adalah daripada penubuhan Kolej Islam Malaya yang mendapat restu dan ditubuhkan oleh Raja-Raja Melayu.

“Dengan penubuhan UIM nanti, ia akan menjadi lambang solidariti dan kerjasama institusi raja-raja Melayu,” katanya lagi.

UIM memfokuskan program pasca ijazah iaitu peringkat sarjana dan doktor falsafah yang mengutamakan mereka yang berpengalaman dalam bidang-bidang masing.

Pengambilan pertama dijangka dilaksanakan pada Jun ini.

UIM akan beroperasi buat sementara waktu di Institut Latihan Islam Malaysia di Bandar Baru Bangi, Selangor.

Usaha sedang dilakukan oleh MUIM untuk mendapatkan sebidang tanah di Cyberjaya sebagai kampus tetap UIM berkonsepkan Islam dan institusi raja-raja Melayu.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan