Suruhanjaya Tinggi British Sambut Baik Sabitan 2 Lekaki Kes Asyraf

Diterbitkan: Jumaat, 2 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Tinggi British di Malaysia pada Jumaat menyambut baik sabitan terhadap dua lelaki kerana menyamun pelajar Malaysia Mohamed Asyraf Haziq Rossli, semasa berlaku rusuhan di London, Ogos tahun lepas.

"Kami memperjelaskan ketika itu kami amat mengambil berat terhadap serangan pengecut itu dan kami harap mereka yang bertanggungjawab dihadapkan ke muka pengadilan.

"Sewajarnya ini adalah hasilnya dan kami mengucapkan selamat kepada Mohamed Asyraf dalam meneruskan pengajiannya di United Kingdom (UK)," kata Timbalan Pesuruhjayanya Ray Kyles dalam kenyataan di sini.

Mahkamah Diraja Wood Green hari ini mensabitkan John Kafunda, 22, dari Eastwood Road di Ilford dan Reece Donovan, 24, dari Cross Road, Romford, atas tuduhan menyamun dan berkelakukan ganas.

Mohamed Asyraf, pelajar tahun pertama jurusan perakaunan tajaan Mara di Kaplan College, patah gigi serta cedera di rahang setelah beliau diserang dan disamun oleh perusuh.

Video memaparkan pelajar berusia 21 tahun itu yang terduduk dengan mulutnya berdarah, dibantu oleh seorang lelaki untuk bangun manakala beberapa lagi lelaki mengambil kesempatan menyelongkar begnya, telah mencetuskan ledakan kemarahan. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan