Sultan Terengganu Mahu Lebih Ramai Golongan Muda Ke Masjid

Diterbitkan: Jumaat, 2 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

HULU TERENGGANU: Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin bertitah tindakan segera perlu diambil bagi menarik lebih ramai golongan muda ke masjid termasuk membimbing mereka menjadi imam dan bilal.

Menurut baginda, pihak berwajib termasuk jawatankuasa masjid, perlu mengadakan program yang boleh menarik minat golongan muda serta melatih mereka dengan ilmu yang bersesuaian.

Sultan Mizan bertitah demikian ketika merasmikan Masjid Kuala Pueh di sini dan menamakannya Masjid Al-'Atiyyah. Turut hadir Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said dan Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu Mohd Rozali Salleh.

Baginda bertitah, ketika ini didapati golongan muda kurang bersedia untuk berkhidmat sebagai imam atau bilal di masjid di Terengganu.

"Kehadiran generasi muda di masjid-masjid amat perlu memandangkan mereka akan menjadi generasi pelapis di masa akan datang," titah baginda. Baginda turut menyarankan agar dihidupkan program-program keagamaan di masjid seperti ceramah, taddarus Al-Quran, tahlil, halaqah, zikir dan lain-lain bagi mengimarahkan masjid.

"Adalah menjadi harapan beta untuk melihat rakyat Terengganu dapat memakmurkan masjid sepanjang waktu kerana pada hari akhirat kelak masjid akan datang memberi syafaat dan pertolongan kepada orang yang mengimarahkannya," titah baginda.

Masjid Al-'Atiyyah Kampung Kuala Pueh yang bernilai RM1.9 juta mampu menampung 750 orang jemaah. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan