Program Mobiliti Pelajar Perlu Struktur Jelas Dan Komprehensif - Khaled Nordin

Diterbitkan: Jumaat, 2 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Satu struktur yang jelas dan komprehensif, termasuk sistem pemindahan kredit yang diiktiraf perlu dibangunkan untuk menjayakan program mobiliti pelajar di rantau ini, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Jumaat.

Beliau berkata kejayaan program ini selalunya bergantung pada silibus, struktur dan cara pemindahan kredit bagi satu-satu program akademik yang ditawarkan.

"Program mobiliti pelajar mesti melibatkan pemindahan kredit, kalau tidak pelajar-pelajar tidak mencukupi kredit untuk lulus.

"Sehubungan itu, satu sistem pemindahan kredit yang jelas dan seragam perlu dibangunkan sebagai panduan dalam melaksanakan program mobiliti ini," katanya pada majlis pelancaran Program Mobiliti Pelajar Malaysia-China di sini.

Menerusi program itu, seramai 20 pelajar dari Universiti Malaya, Universiti Putra Malaysia, Universiti Utara Malaysia dan Universiti Pendidikan Sultan Idris akan bertolak ke China pada Ahad ini selama enam bulan.

Mereka akan mengikuti program pertuturan bahasa Cina selama tiga bulan di Beijing Sport University dan melaksanakan latihan industri selama tiga bulan di syarikat dan universiti yang terpilih.

Mohamed Khaled menyarankan semua universiti dalam negara mempertingkatkan usaha mencari dan mengenal pasti universiti luar negara untuk mengadakan kerjasama dalam program mobiliti pelajar.

Beliau berkata program mobiliti kini menjadi satu agenda global yang penting bagi menyediakan pendedahan lebih luas kepada pelajar mengenai budaya, cara hidup, teknologi, sistem sosial dan ekonomi masyarakat antarabangsa.

"Program ini dilihat mampu membantu meningkatkan kemahiran insaniah dan daya saing pelajar IPT tempatan seperti kemahiran berkomunikasi, keusahawanan, penyelesaian masalah, kepimpinan dan kemahiran yang lain yang diperlukan dalam pasaran kerja.

"Program ini juga memberi ruang bagi IPTA (institusi pengajian tinggi awam) untuk membina jaringan antarabangsa dan juga dari segi pengiktirafan program universiti di luar negara," katanya.

Selain itu, Mohamed Khaled turut menyeru agar institusi yang menaja pelajar seperti Jabatan Perkhidamtan Awam (JPA), Mara, bank dan syarikat swasta turut menampung kos program mobiliti pelajar agar lebih ramai boleh mengikuti program ini pada masa akan datang.

"Sokongan dana amat diperlukan bagi menjayakan program ini. Saya difahamkan kos untuk seorang pelajar bagi menjalani program mobiliti pelajar ini adalah sebanyak RM16,000.

"Kos pelaksanaan program ini dilaksanakan secara reciprocal di mana IPTA tempatan akan menanggung kos pelajar luar negara yang belajar di sini seperti yuran pengajian, insurans kesihatan dan penginapan begitu juga sebaliknya di mana IPT luar negara akan menanggung kos pembelajaran pelajar Malaysia di sana," katanya.

Beliau berkata Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara turut menyediakan pinjaman sebanyak RM4,000 setiap pelajar bagi meringankan beban mereka yang terlibat.

Kira-kira 8,800 pelajar IPTA terlibat dalam program mobiliti antarabangsa pada tahun lepas. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan