Pensyarah Muzik Julliard Kagum Bakat Muzik Prodigi Remaja Malaysia

Diterbitkan: Jumaat, 2 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

NEW YORK: Remaja Malaysia, Tengku Ahmad Irfan Tengku Ahmad Shahrizal bukan sekadar prodigi muzik tetapi merupakan bakat yang jarang ditemui apabila pada usia 13 tahun sudah mampu mempamerkan kecanggihan dalam kerjanya, kata profesor pianonya Dr Yoheved Kaplisnky.

Kaplinsky yang merupakan pemain piano klasik terkenal dan pensyarah serta profesor muzik di sekolah seni terkemuka Juilliard di sini, berkata anak muda itu cemerlang bermain piano dan juga gubahan.

Pengarah artistik di bahagian prakolej institusi itu yang khusus untuk bakat seni dari usia tujuh hingga 17 tahun, kagum dengan persembahan Tengku Ahmad Irfan ketika beliau datang untuk uji bakat di sekolah tersebut pada Februari tahun lepas.

Kaplinsky berkata walaupun Tengku Ahmad Irfan hanya berada bawah asuhannya sejak September lepas, remaja itu menunjukkan kemajuan yang sangat hebat.

"Gubahannya sangat matang dan sofistikated sehingga gurunya pun kagum beliau mampu melakukannya," katanya kepada Bernama dan RTM semasa lawatan isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor serta beberapa anggota Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) ke sekolah seni pentas berprestij itu, pada Khamis.

Memuji kebolehan anak Malaysia itu, Kaplinsky menjangka remaja tersebut akan berjaya dalam dunia muzik memandangkan beliau mempunyai semua rencah untuk menjadi seorang ahli muzik yang hebat dan "masa depannya juga sudah boleh dianggap terjamin".

Rosmah tiba di sini pada Rabu untuk lawatan kerja empat hari sempena Sesi ke-56 Suruhanjaya mengenai Status Wanita (CWS) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Beliau dijadual menyampaikan syarahan pada jamuan tengah hari CWS pada Jumaat.

Menggambarkan Tengku Ahmad Irfan sebagai seorang yang bekerja keras dan teliti, Kaplinsky berkata: "Apa sahaja tugasan yang kita berikan kepadanya, beliau akan lakukan dengan sempurna. Memang bakat yang jarang ditemui."

Mengakui keupayaan Tengku Ahmad Irfan bermain apa sahaja yang beliau mahukan ketika menajamkan kemahirannya, Kaplinsky berkata sekolah itu akan menyediakan peluang kepada Tengku Ahmad Irfan melakukan persembahan sepanjang pengajiannya.

"Irfan akan membesar sebagai seorang ahli muzik yang jujur dan prihatin, serta memiliki bakat dan personaliti untuk menjadi artis sejati," kata Kaplinsky, yang turut mengakui sifat rendah diri dan pekerti yang halus akan membantu karier remaja itu sebagai ahli muzik.

Sementara itu, Tengku Ahmad Irfan yang datang dari Permata Seni Muzik, berkata beliau berasa bertuah kerana dipilih menyambung pengajiannya di sekolah terbabit memandangkan saingan yang sengit untuk memasukinya. Beliau juga berjaya memperolehi biasiswa sekolah itu.

Ditubuhkan pada 1905 sebagai Institusi Seni Muzikal oleh Dr Frank Damrosch, sekolah itu menerima tidak sampai tujuh peratus daripada ribuan permohonan setiap tahun. Tahun lepas, seramai 5,000 memohon untuk belajar di situ.

Tengku Ahmad Irfan yang merupakan anak sulung pakar ENT (mata, hidung dan tekak), berkata beliau hanya mengetahui mengenai sekolah itu ketika melakukan persembahan di sini pada 2010, apabila beliau terpandang iklan di sebuah kedai buku.

Beliau bertuah kerana bapanya, Dr Tengku Ahmad Sharizal Tengku Omar, pensyarah kanan di Fakulti Perubatan di Universiti Malaya, menerima tawaran biasiswa melanjutkan pelajaran di New York. Keluarga itu berpindah ke Big Apple tahun lepas.

Tengku Ahmad Irfan yang mengikuti dua kursus major dalam piano dan gubahan serta kursus elektif dalam bidang konduktor muzik di Juilliard, juga belajar di sekolah biasa iaitu di Professional Children's School, di sini.

Bakat seninya dalam bidang muzik terserlah ketika beliau berusia tujuh tahun dan tempoh dua tahun Tengku Ahmad Irfan berjaya memperolehi sijil kecemerlangan daripada Trinity Guildhall bagi Gred 5 Solo Piano dan seterusnya untuk Gred 8. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan