Pembantu Kedai Cedera Dalam Letupan Bom

Diterbitkan: Jumaat, 2 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MENCARI BUKTI: Pasukan forensik mengumpulkan bukti di tempat kejadian di Ramuan China Besar, di Alor Gajah, Melaka pada Rabu.
MENCARI BUKTI: Pasukan forensik mengumpulkan bukti di tempat kejadian di Ramuan China Besar, di Alor Gajah, Melaka pada Rabu.

MELAKA: Satu pagi yang tenang di Ranuan China Besar, kira-kira 50 kilometer dari bandar raya Melaka, bertukar tragedi sebaik sahaja menerima bungkusan yang mengandungi bom buatan tangan yang menyebabkan seorang pembantu kedai cedera.

Kejadian tersebut menyebabkan Norasyikin Md Esa, 27, mengalami kecederaan ringan di bahagian muka, perut dan kedua-dua belah kakinya melecur.

Bom buatan tangan itu meletup sebaik sahaja Norasyikin mengambil bungkusan yang ditinggalkan dihadapan rumah neneknya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner, Raja Shahrom Raja Abdullah berkata pihak polis akan menyiasat insiden berkenaan.

Difahamkan bungkusan berkenaan dihantar kepada abang sulung mangsa.

Pada bungkusan tersebut terdapat alamat penuh penerima berserta logo syarikat perkhidmatan kiriman cepat, katanya.

Raja Sharom kata pihaknya menemui serpihan daripada paip PVC, dawai, minyak tanah serta serbuk letupan di tempat kejadian.

“Kami percaya bungkusan yang mengandungi bahan letupan ini ditinggalkan di luar rumah mangsa pada awal pagi.

“Mangsa yang sedang bersiap-siap untuk pergi bekerja di sebuah pasar raya berhampiran terlihat bungkusan tersebut sebelum ia meletup secara tiba-tiba,” katanya sambil menambah pasukan forensik sedang mengumpul lebih banyak maklumat berhubung kejadian tersebut.

Mangsa tinggal bersama nenek serta tiga adik-beradik lelakinya di rumah itu.

Adik bongsu mangsa, Ahmad Mustafa Md Esa, 20, ketika menceritakan semula kejadian tersebut berlaku secara tiba-tiba, berkata kakaknya menjerit ketika bungkusan yang dipegangnya meletup.

“Saya terdengar seperti bungi guruh di luar. Sebaik sahaja terdengar bunyi tersebut saya berlari keluar selepas mendengar bunyi tersebut dan melihat badan kakak saya dipenuhi asap dan dia sedang mengerang kesakitan.

“Jiran serta pelanggan restauran berhampiran bergegas membantu kakak saya sebaik sahaja mendengar bunyi letupan,” katanya.

Ahmad Mustafa berkata kakaknya dikejarkan ke poliklinik sebelum dihantar ke Hospital Melaka untuk rawatan lanjut.

Polis juga masih menyiasat sama ada motif kejadian disebabkan oleh persaingan perniagaan.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan