Najib Di Kelantan Lawatan Kerja Sehari

Diterbitkan: Jumaat, 2 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, di sini pagi ini untuk lawatan kerja sehari ke tiga daerah di Kelantan.

Perdana Menteri tiba pada 9.25 pagi sebelum menaiki helikopter untuk menghadiri majlis ramah mesra bersama anggota tentera Rejimen Sempadan dan keluarga mereka di Batu Melintang, Jeli, selain menghadiri majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) kampus Jeli.

Di Pasir Mas, beliau akan menunaikan solat Jumaat di Masjid Hutan Chengal, dan menemui pengetua dan guru-guru di kawasan Parlimen berkenaan serta menghadiri jamuan rakyat di Sekolah Menengah Teknik Pasir Mas.

Seterusnya, Perdana Menteri akan menghadiri majlis Pemimpin Bersama Rakyat dan ramah mesra bersama profesional Kelantan di Kompleks Sekolah-sekolah Wakaf Mek Zainab, Kota Baharu.

Pada sebelah malam, Najib dijadual menghadiri majlis bersama pemimpin-pemimpin Barisan Nasional negeri sebelum pulang ke Kuala Lumpur. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 3:30 PM

Ebba Tak Minat Jadi Jurutera

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan