Muhyiddin Mahu Jentera BN Kerja Keras

Diterbitkan: Jumaat, 2 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Jumaat menggesa anggota dan jentera Barisan Nasional (BN) supaya bekerja keras walaupun pilihan raya umum belum diumumkan bagi mengekalkan kemenangan parti itu.

Anggota Parlimen Setiawangsa Datuk Seri Zulhasnan Rafique berkata perkara itu disampaikan oleh Muhyiddin, yang juga Pengerusi BN Wilayah Persekutuan, ketika menghadiri taklimat khas tertutup bersama pemimpin Umno Bahagian Setiawangsa.

"Beliau selaku pemimpin selepas Perdana Menteri, memberi mesej kepada kita untuk bekerja keras sekarang ini walaupun pilihan raya belum diumumkan, dan semua pemimpin akar umbi tadi melaporkan (kepentingan) kita perlu bekerja keras bagi mengekalkan kemenangan BN di Setiawangsa.

"Selepas ini, kita akan menggerakkan aktiviti tertentu yang telah dibincangkan di kalangan akar umbi," katanya kepada pemberita selepas taklimat di Pusat Khidmat Wakil Rakyat Parlimen Setiawangsa, di sini.

Muhyiddin hari ini mengadakan lawatan kerja ke Parlimen Setiawangsa selepas Parlimen Wangsa Maju, untuk menemui pemimpin di peringkat akar umbi bagi mendapatkan maklum balas dan meneliti situasi politik di kawasan berkenaan.

Zulhasnan berkata pihaknya memberikan taklimat selama kira-kira sejam berhubung isu-isu semasa.

Katanya Timbalan Perdana Menteri berpuas hati berhubung situasi politik dan suasana kesejahteraan di Setiawangsa termasuk daripada segi prasarana, kesihatan dan sosial.

"Kita hanya bincang mengenai Parlimen Setiawangsa, bincang strategi terkini, kita akur untuk turun padang dan bekerja kuat bagi mengekalkan kemenangan BN di Setiawangsa," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan