MCA Bidas DAP Cuba Cetus Kekecohan

Diterbitkan: Jumaat, 2 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: MCA membidas DAP kerana cuba mencetuskan gangguan semasa majlis pecah tanah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Sg Long oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam.

Ketua Pemuda MCA, Datuk Wee Ka Siong berkata sementara Perdana Menteri jujur untuk melakukan kebajikan kepada masyarakat Cina, masih terdapat sesetengah pihak yang enggan menerima langkah tersebut dan memilih untuk menimbulkan tindakan tidak wajar bagi menyekat acara tersebut daripada berjalan lancar.

"Tindakan oleh Ahli Majlis Perbandaran yang lama dan sekarang dari DAP itu telah menjejaskan imej pembangkang sebagai pakatan yang memerintah Selangor. Perlu juga dijelaskan bahawa DAP tidak pernah menunaikan janji mereka berhubung pendidikan masyarakat Cina.

"Apabila tidak dapat menindakkan hakikat bahawa BN telah menunaikan janji mereka berhubung pendidikan masyarakat Cina, DAP menjadi tidak senang dan menganggap sumbangan BN sebagai ancaman. Ini merupakan salah satu sebab mereka cuba mengganggu majlis tersebut," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Pada majlis itu Perdana Menteri mengumumkan peruntukan 2.9 hekar tanah bagi membina sebuah SJKC di Sungai Long.

Wee yang juga Timbalan Menteri Pelajaran berkata tindakan DAP tersebut hanya mahu mencari publisiti dengan memainkan isu. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan