Majoriti Pengundi Muda Kaum India Sokong MIC

Diterbitkan: Jumaat, 2 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel yakin golongan pengundi muda dari kaum India akan menyokong parti itu pada pilihan raya umum akan datang.

"Terdapat banyak jenis pengundi muda, sekumpulan kecil yang kita tidak tahu sama ada menyokong kami atau tidak, tetapi majoriti daripada mereka berada bersama kami. Saya tidak sangsi mengenainya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan pejabat Koperasi Suria Malaysia Bhd di Bangsar, di sini, pada Jumaat.

Palanivel, yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, berkata golongan muda India harus meletakkan kepercayaan mereka kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) yang dipimpin oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Mereka tidak boleh menyandarkan kepercayaan mereka di tempat lain. Kami melakukan banyak perkara faedah dan apa juga yang kami lakukan adalah untuk masa depan mereka," katanya.

Ditanya kawasan mana beliau akan bertanding pada pilihan raya umum akan datang, Palanivel berkata beliau belum memutuskan tetapi menegaskan usaha-usaha untuk meraih sokongan rakyat adalah lebih penting ketika ini.

"Saya akan putuskan kerusi yang akan ditandingi pada masa yang sesuai. Ramai orang mempelawa saya supaya bertanding di kawasan mereka tetapi objektif utama kini adalah untuk mengembalikan semula sokongan pengundi India.

"Apa yang penting ialah gambaran keseluruhannya dan bukan saya seorang. Jadi tidak kisah di mana saya bertanding. Apa yang utama ialah mengembalikan semula sokongan," jelasnya.

Mengenai calon MIC, Palanivel berkata: "Ada yang menyatakan kepada saya bahawa mereka adalah calon berpotensi, ada yang isytihar diri sebagai calon boleh menang. Akhirnya saya akan memutuskan pemilihan. Kami masih ada masa dan perkara utama sekarang adalah melakukan persiapan." BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan