Kerajaan Adil Kepada Semua Anggota Tentera - Najib

Diterbitkan: Jumaat, 2 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JELI: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan memberi keadilan kepada semua anggota tentera agar dapat menikmati dan tidak tersisih daripada semua kemudahan yang diberikan oleh kerajaan selama ini.

Perdana Menteri berkata sebagai contoh adalah kemudahan yang kerajaan berikan kepada anggota tentera Rejimen Sempadan yang kehidupan mereka kini jauh lebih baik sebelum diserapkan ke rejimen itu.

"Saya pernah melawat kem ini ketika menjadi Menteri Pertahanan pada 2008 dan saya rasa sangat sedih dan menyayat hati melihat kem ini ketika itu. "Saya buat keputusan dalam hati saya mahu membantu bagi memastikan anggota tentera kerahan (sebelum diserapkan ke rejimen itu) ini terjamin dalam soal kebajikan dan sebagainya," katanya ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Bersama Warga Rejimen Sempadan Batalion 2, Kem Batu Melintang di sini, Jumaat.

Turut hadir Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Perdagangan Antarabangsa Datuk Seri Mustapa Mohamed, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin dan Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.

Najib berkata bahawa sebelum ini pasukan kerahan tersebut walaupun mendapat gaji setiap bulan sama seperti anggota tentera lain tetapi mereka tidak mendapat kemudahan seperti pencen serta pinjaman kenderaan dan perumahan.

"Saya mahu pasukan kerahan pada masa itu dapat menempa kehidupan yang sama dengan yang lain dan berkat usaha yang dilakukan kerajaan kini kehidupan mereka jauh lebih baik dari dahulu," katanya.

Perdana Menteri berkata kerajaan berpendapat bahawa jika kebajikan anggota tentera dijaga dengan baik, mereka akan berkhidmat dengan sepenuh hati dan menjadi kebanggaan negara.

Pada majlis itu Najib turut mengumumkan pemberian peruntukan RM600,000 kepada dua kem rejimen itu di sini.

Zulkifeli pula berkata semua janji Perdana Menteri kepada anggota tentera selama ini telah ditunaikan dan wajar semua anggota tentera berbangga kerana kebajikan mereka sangat diambil berat oleh kerajaan.

"Jasa Perdana Menteri sangat besar kerana beliaulah yang memastikan Rejimen Sempadan ini diwujudkan dengan pasukan kerahan diserapkan sepenuhnya," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan