Jualan BMW Naik 14%

Diterbitkan: Jumaat, 2 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: BMW Group Malaysia menjual 471 unit kenderaan sehingga Januari tahun ini, meningkat 14 peratus daripada Januari 2011.

Pengarah Urusan Kumpulan, Geoffrey Briscoe berkata, kumpulan tersebut mencatat prestasi yang memberangsangkan pada 2011, dengan 5,604 BMW Mini dan Motorrad dijual.

Ia adalah kenaikan 25 peratus daripada 2010.

"Tahun ini, segmen premium terus menunjukkan peluang ketara dan kami menyasar pertumbuhan dua angka dalam jualan kami," kata beliau pada sidang akhbar selepas pelancaran BMW Z4 convertible dan BMW M5 executive saloon di sini, Khamis.

Briscoe berkata, sebanyak 10 hingga 15 unit telah tersedia bagi kedua-dua model dalam negara dan syarikat juga telah menerima tempahan enam unit setiap model.

Model Z4 menampilkan enjin petrol dua liter dengan teknologi BMW TwinPower Turbo bagi peningkatan kuasa dan kecekapan bahan api.

M5 dikuasai oleh enjin V8 4.4 liter yang baru dengan teknologi BMW M TwinPower Turbo, termasuk dua TwinScroll turbocharger.

Harga jualan (termasuk servis dan pembaikan BMW) bagi model Z4 antara RM358,800 dan RM488,800, manakala harga M5 pada RM898,800 (tanpa servis dan pembaikan BMW).

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan