Hampir 600,000 Yang Layak Belum Daftar Mengundi - SPR

Diterbitkan: Jumaat, 2 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Hampir 600,000 orang yang layak mengundi dikesan masih belum mendaftar sebagai pemilih di negeri ini, kata Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Johor Rokiah Hanum Ibrahim.

Beliau berkata jumlah itu adalah angka yang besar dan antara punca yang dikenal pasti ialah mereka tidak bermastautin di negeri ini sekalipun beralamat di Johor.

Bercakap kepada Bernama di sini hari ini, Rokiah Hanum juga meminta mereka yang belum mendaftar agar tidak berlengah untuk berbuat demikian.

"Kebanyakan daripada kita beranggapan apabila mereka mendaftar hari ini mereka boleh mengundi esok dan tanggapan itu silap. Kita memerlukan masa lima bulan sebelum boleh mewartakan nama mereka dalam senarai pemilih," katanya.

Katanya, SPR Johor telah melantik lebih 800 Pegawai Pendaftar Pemilih di seluruh negeri ini yang terdiri daripada parti politik, jabatan kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) untuk menjadi ejen pendaftaran pengundi baru di tempat mereka.

Rokiah berkata sehingga 30 Sept lepas, seramai 1.5 juta pengundi telah didaftarkan iaitu peningkatan 200,000 orang berbanding jumlah pengundi pada pilihan raya umum yang lepas.

Beliau berkata, daripada jumlah itu seramai 19,901 merupakan pengundi pos.

"Daripada 1.5 juta itu, 16 peratus merupakan pengundi muda yang berumur 21 hingga 29 tahun, 22.9 peratus merupakan pengundi yang berumur 30 hingga 39 tahun.

"23.6 peratus merupakan pengundi berumur 40 hinga 49 tahun manakala selebihnya mereka yang berumur 50 tahun ke atas," katanya.

Rokiah turut mengingatkan mereka yang telah mengundi sebelum ini supaya menyemak kembali daftar pemilih untuk memastikan tidak ada masalah timbul di kemudian hari.

Johor mempunyai 56 kerusi Dewan Undangan Negeri dan 26 kerusi Parlimen. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan