Dua NGO Buat Laporan Polis Dakwa Anwar Hina Kaum India

Diterbitkan: Jumaat, 2 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Presiden Gerakan Efisyensi India Malaysia (GEIM), B.Kalainavar (tiga, kiri) bersama ahli-ahli parti memegang kain rentang memprotes Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa menghina kaum India dalam satu ceramahnya baru-baru ini. Parti itu telah membuat laporan polis di Ibupejabat Polis Dang Wangi, hari ini. -fotoBERNAMA
Presiden Gerakan Efisyensi India Malaysia (GEIM), B.Kalainavar (tiga, kiri) bersama ahli-ahli parti memegang kain rentang memprotes Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa menghina kaum India dalam satu ceramahnya baru-baru ini. Parti itu telah membuat laporan polis di Ibupejabat Polis Dang Wangi, hari ini. -fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Dua Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) hari ini membuat laporan polis mendakwa ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengeluarkan perkataan lucah dan menghina kaum India dalam ceramahnya di Bagan Pinang, Negeri Sembilan semasa kempen pilihan raya kecil pada Oktober 2009.

Presiden Alternative Action Team (AAT) B. Kalai Vanan berkata rakaman dengan perkataan lucah itu tersiar dalam laman "YouTube" pada minggu lepas.

Presiden Kelab Perpaduan Insan Selangor M.Selventhiran turut serta bersama Kalai Vanan semasa membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini hari ini.

"Kita mahu tindakan tegas terhadap Anwar Ibrahim, dia bukan sahaja telah menghina, tetapi mengeluarkan kata-kata lucah terhadap kaum India di negara ini. Perkara ini sangat memalukan apabila seorang pemimpin bercakap demikian.

"Saya menyeru orang ramai agar turut sama membuat laporan polis sebagai tanda cintakan perpaduan negara," kata Kalai Vanan ketika ditemui pemberita selepas membuat laporan itu. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan